PUTRAJAYA: Portal MyInvois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini boleh diakses bagi tujuan pengeluaran dan penghantaran e-Invois.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketersediaan portal MyInvois itu membuktikan komitmen agensi berkenaan dalam memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar terutamanya dalam kalangan pembayar cukai Fasa 1 yang akan menggunakan e-Invois secara mandatori mulai 1 Ogos ini.
"Menerusi perkembangan terbaharu ini, pembayar cukai boleh mengemukakan e-Invois kepada LHDN melalui dua kaedah iaitu Integrasi Application Programming Interface (API) (bagi syarikat yang mempunyai sistem perisian sendiri) dan portal MyInvois yang boleh diakses secara percuma di https://mytax.hasil.gov.my," menurut kenyataan itu.
Sebagai maklumat tambahan, Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 3.0) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.2) telah dimuat naik di Laman Mikro e-Invois di portal LHDN menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.
"Software Development Kit (SDK) Versi 1.0 juga telah dikemas kini dengan fungsi terbaharu iaitu pengesahan tandatangan digital," menurut kenyataan itu.
Kerajaan berhasrat melaksanakan e-Invois secara berperingkat dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di Malaysia, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu satu daripada tumpuan utamanya adalah untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai.
E-Invois juga membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi hampir masa nyata, memenuhi transaksi perniagaan-ke-perniagaan (B2B), perniagaan-ke-pengguna (B2C) dan perniagaan-ke-kerajaan (B2G).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024
Kerajaan berhasrat melaksanakan e-Invois secara berperingkat dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di Malaysia, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12.
Cabaran dalam menggubal ‘Lemon Law’ antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Cabaran dalam menggubal undang-undang 'Lemon Law' bagi melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
PBB lapor arahan pemindahan Israel di Khan Younis dan Rafah melibatkan 250,000 penduduk, tingkatkan penderitaan awam dan keperluan kemanusiaan.
Perang Gaza cipta pusaran penderitaan manusia
Sigrid Kaag dari PBB nyatakan keruntuhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza akibat perang, menambah penderitaan penduduk awam.
BWF semak semula protokol kecemasan susulan kematian pemain
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
Lebih 100 terbunuh di India dalam rempuhan keagamaan
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Kerajaan setuju cadangan tempoh kelulusan pajakan melombong
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) hari ini bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya di bawah Enakmen atau Ordinan Mineral Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Portal MyInvois LHDN kini boleh diakses
Ketersediaan portal MyInvois itu membuktikan komitmen agensi berkenaan dalam memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
LHDN kenal pasti individu, syarikat terlibat dalam dagangan wang kripto
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti beberapa individu dan syarikat yang menjalankan perdagangan mata wang kripto dalam usaha mengurangkan ketirisan hasil cukai dan menambah baik pen
Dasar cukai yang berkesan penting dalam memupuk pertumbuhan berterusan - Lim Hui Ying
Beliau berkata hasil cukai adalah penting untuk menyokong perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur dan program sosial, yang mana ia merupakan asas kepada kemakmuran negara.
LHDN pastikan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 direalisasikan
LHDN akan memastikan hasrat kerajaan untuk memandatorikan penggunaan e-Invois pada 1 Julai 2025 kepada semua peringkat pembayar cukai dapat direalisasikan.
Pelaksanaan e-Invois untuk PMKS adalah 1 Julai 2025 - LHDN
Pelaksanaan e-Invois bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan bermula pada 1 Julai 2025 dan bukannya pada 1 Ogos ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.