KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak kini merancang untuk merangka skim insurans bagi menyediakan bantuan kebajikan kepada warga emas sebagai persediaan menampung populasi menua yang dijangka meningkat dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, data daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan anggaran peningkatan populasi golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas sebanyak 15 hingga 20 peratus.
Situasi itu katanya, akan mengubah keperluan kebajikan masyarakat yang akan memberikan fokus kepada kesejahteraan warga emas yang mana memerlukan dana yang lebih.
“Oleh sebab perubahan demikian, Kerajaan Negeri Sarawak sekarang ini menerusi Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Datuk Seri Fatimah Abdullah dan pejabat kewangan sedang memikirkan bagaimana hendak menghadapi keadaan ini termasuk daripada aspek dananya.
“Sebab itu kita sekarang sedang memikirkan untuk menghasilkan formula skim insurans melalui instrumen terkini supaya kita sentiasa ada dana untuk menghadapi kos sara hidup bagi warga emas,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Ulang Tahun ke-10 KWKPK di Hotel Waterfront. Kuching pada Rabu.
Dalam pada itu, Abang Johari turut memaklumkan pembangunan taman perumahan mesra warga emas yang dilengkapi kemudahan penjagaan kesihatan juga mula dilaksanakan di bawah dasar perumahan negeri.
“Sebab itu dalam RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) di peringkat negeri kita mewujudkan taman perumahan di Kemuyang, Sibu serta Darul Hana dan Sungai Bedaun di Kuching.
‘’Kesemua projek ini masih dalam pembinaan dan ia sebagai projek perintis dan selepas itu ia menjadi dasar kita untuk menyediakan kemudahan rekreasi dan fasiliti penjagaan kesihatan kepada komuniti kita.
“Selain itu, kawasan perkampungan luar bandar yang dapat kita hubungkan dengan jalan raya juga akan kita wujudkan kemudahan yang serupa,” tambahnya.
Pada masa sama, Menteri KWKPK, Datuk Seri Fatimah Abdullah, turut memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan MyAgeing Institute, Universiti Putra Malaysia (UPM), bagi menambah baik dasar serta kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan kepada golongan tersebut.
Fadilah Sulaiman
Wed Oct 06 2021
Abang Johari turut memaklumkan pembangunan taman perumahan mesra warga emas yang dilengkapi kemudahan penjagaan kesihatan juga mula dilaksanakan di bawah dasar perumahan negeri. FOTO: Astro AWANI
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Populasi menua: Sarawak akan rangka skim insurans untuk kebajikan warga emas
Kerajaan Negeri Sarawak kini merancang untuk merangka skim insurans bagi menyediakan bantuan kebajikan kepada warga emas sebagai persediaan menampung peningkatan populasi menua di negeri itu.