Generasi muda Malaysia atau Gen-Y lebih peramah di dunia maya terutamanya melalui platform Facebook.

Itu merupakan dapatan terkini menerusi satu kaji selidik yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia , USM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM.

Daripada 2000 orang responden yang berusia lingkungan 18 sehingga 22 tahun itu pula, 72.1% setuju bahawa mereka memperoleh maklumat terkini atau sumber berita daripada Facebook.

Sejauh manakah keyakinan pengguna media sosial bahawa sumber daripada Facebook itu sahih dan tepat berbanding berita yang ditulis oleh wartawan dan editor berita profesional?