KUALA LUMPUR: Biarpun dari satu segi, pergolakan politik yang berlaku di Melaka mungkin dianggap rakyat menjemukan, namun ia harus dilihat pada kerangka yang lebih luas iaitu dari aspek kepimpinan dan politik dalaman.
Felo Kursi Institusi Raja Raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis berkata, jika situasi yang berlaku ketika ini mampu memberi kestabilan, ia harus diterima sebagai perkembangan yang baik untuk negeri itu.
"Isunya ialah bagaimana nak selesaikan, separuh jalan nampak ia telah diselesaikan dengan baik (apabila) Ketua Menteri meletak jawatan secara terhormat.
"Paling penting sekarang ialah bagaimana kepimpinan baharu ini akan mencorak politik Melaka, dalam konteks Barisan Nasional dan UMNO perlu memenangi hati kembali hati pengundi Melayu.
"Walaupun bukan pilihan raya negeri tetapi apa yang berlaku mungkin beri impak positif dan spill over kepada pilihan raya negeri di negeri lain," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Khamis.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Isu pertukaran pemimpin negeri Melaka mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar BN pada PRN negeri itu yang diadakan pada 20 November 2021.
UMNO telah mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan Melaka parti itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri baharu bagi menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Terdahulu, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh turut disebut bakal menjadi calon.
"Kalau dilihat pada aspek neutral, jika kita nak tengok kepimpinan diberi kepada mereka yang baharu dan segar, Dr Muhamad Akmal sosok paling menarik.
"Tetapi walaupun beliau ada rekod yang baik dan populariti cemerlang, tetapi saya melihat ia tidak boleh berlaku memandangkan isu ini ada perkaitan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan bekas Ketua Menteri yang lalu.
"Kalau dilihat pada hierarki, Datuk Seri Ab Rauf akan menjadi Ketua Menteri memandangkan pengalaman dan hubungan baik beliau dengan Datuk Seri Ahmad Zahid," jelas Mujibu lagi.
Madiha Abdullah
Thu Mar 30 2023
![Politik Melaka: 'Separuh jalan' sudah diselesaikan dengan baik - Penganalisis Politik Melaka: 'Separuh jalan' sudah diselesaikan dengan baik - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680077388_TBABURAUFSULAIMAN.jpg)
UMNO telah mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan Melaka parti itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kanan) sebagai Ketua Menteri baharu. - Fail/FB Ab Rauf
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![KPKM salur RM34.09 juta kepada Melaka sokong agenda pembangunan industri agromakanan KPKM salur RM34.09 juta kepada Melaka sokong agenda pembangunan industri agromakanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719868708_DatukArthurJoseph.jpg)
KPKM salur RM34.09 juta kepada Melaka sokong agenda pembangunan industri agromakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyalurkan RM34.09 juta kepada Melaka tahun ini bagi menyokong agenda pembangunan industri agromakanan.
![Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719650922_Pelancong.jpg)
Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH
Masih ramai yang lihat isu keselamatan dalam industri pelancongan sebagai sesuatu yang kecil berbanding sektor pembinaan dan pengilangan.
![Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718845842_KARNIVALDBENDANG.jpg)
Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung
Karnival yang memasuki tahun kedua penganjuran dan diadakan sempena TMM 2024 itu menampilkan 40 acara termasuk sukan tradisional.
![Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709807928_felda.jpg)
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.
![Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718011677_LelakiOKUnaficabu.jpg)
Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau
Seorang lelaki OKU fizikal didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin, atas pertuduhan mencabul remaja perempuan OKU di sebuah tandas surau.
![Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717652547_tbwangsuapan.jpg)
Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman
Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka.
![Rakyat Melaka, pemastautin masuk percuma ke destinasi pelancongan bermula 24 Ogos ini Rakyat Melaka, pemastautin masuk percuma ke destinasi pelancongan bermula 24 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717555403_ZooMelaka.jpg)
Rakyat Melaka, pemastautin masuk percuma ke destinasi pelancongan bermula 24 Ogos ini
Tawaran masuk percuma itu melibatkan antaranya Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari dan Muzium Melaka.
![Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri perlu terus proaktif - Ab Rauf Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri perlu terus proaktif - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717288173_AbRaufYusoh.jpg)
Jabatan Penasihat Undang-Undang negeri perlu terus proaktif - Ab Rauf
Signifikasi jabatan itu sangat jelas demi memastikan agenda dan hala tuju negeri seiring dengan dasar dan Pelan Strategik Melakaku Jaya 2035.
![Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716099502_tenterameninggaldu.jpg)
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
![Melaka angkat suara golongan muda, bentuk Ahli Dewan Undangan Belia Melaka angkat suara golongan muda, bentuk Ahli Dewan Undangan Belia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716045229_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka angkat suara golongan muda, bentuk Ahli Dewan Undangan Belia
Kerajaan negeri sedang membentuk Ahli Dewan Undangan Belia bermula Jun ini, bagi mengangkat suara belia dan terlibat sama dalam memberi pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan di peringkat keraja