KUALA LUMPUR: Pilihan raya atau tak perlu pilihan raya. Itu persoalannya.
Datuk Seri Idris Haron yang merupakan salah seorang daripada empat ADUN yang menarik sokongan daripada kerajaan mengatakan tidak perlu ada pilihan raya, hanya alihkan kuasa pentadbiran negeri kepada blok yang mempunyai majoriti tanpa perlu melibatkan rakyat.
Selepas empat ADUN itu menarik diri, blok pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hanya punyai 13 kerusi, kurang dua daripada blok Pakatan Harapan (PH) yang memegang 15 kerusi. Kata Idris, berlandaskan Perlembagaan Negeri, itu yang patut dilakukan.
Namun apabila terbubarnya DUN secara rasmi pada 4 Oktober, mengikut kelazimannya pilihan raya perlu diadakan untuk memilih ADUN yang baharu. Maka kini semuanya menanti keputusan Kabinet sama ada membenarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan atau tidak.
Jika sah akan dilangsungkan, episod seterusnya adalah percaturan parti-parti politik untuk bekerjasama dengan pihak itu dan ini. Adakah PN akan terus bekerjasama dengan BN, selepas dua ahlinya menyebabkan kerajaan Melaka tumbang?
Bagaimana pula langkah PH selepas melihat insiden di Melaka ini telah mencabuli semangat MoU bi-partisan di Peringkat Persekutuan yang diangkat bersama tempoh hari?
Sekiranya tidak diadakan PRN, apa pula seterusnya perancangan dan tindakan untuk membentuk DUN Melaka yang baharu?
Dialog Tiga Penjuru jam 9 malam ini akan menampilkan Pengerusi PN Melaka, Datuk Rafiq Naizamohideen; Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Datuk Haji Mohd Sofi Abdul Wahab: dan Pensyarah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM, Mujibu Abd Muiz untuk berdiskusi tentang persoalan-persoalan yang berbangkit dalam episod gelora politik yang berpusat di bumi Hang Tuah ini.
Apa pun hujahnya daripada mana-mana parti sekalipun, apa yang dirisaukan rakyat adalah sama ada mereka bakal berasak-asak beratur di pusat pembuangan undi untuk memangkah calon yang dirasakan baik untuk mentadbir kawasan mereka atau tidak, ketika ancaman COVID-19 masih belum benar-benar reda.
Itu sahaja.
Israr Khalid
Thu Oct 07 2021
Dialog Tiga Penjuru jam 9 malam ini akan menampilkan Pengerusi PN Melaka, Datuk Rafiq Naizamohideen; Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Datuk Haji Mohd Sofi Abdul Wahab: dan Pensyarah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM, Mujibu Abd Muiz.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.
Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, pihak kementerian juga perlu terbuka untuk menerima sumbang saran daripada pihak swasta.
Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.
Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas
Tindakan normalisasi hubungan negara arab dengan Israel adalah tidak sihat, serta menunjukkan kesatuan negara Islam yang rapuh dalam mengecam kezaliman rejim zionis.
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.
Pendekatan Madani dalam Belanjawan 2023 bentuk ekonomi manusiawi - ABIM
Belanjawan Malaysia Madani perlu sentuh aspek kemakmuran hidup rakyat dalam konteks lebih besar daripada sekadar ukuran pada angka.