Tiga lelaki dipercayai terlibat sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Kuala Selangor pada Ahad.
Serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) itu berjaya merampas ganja seberat 469 kilogram.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mokhtar Sharif berkata dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM2 juta.
"Kami percaya rampasan ini adalah untuk penagih-penagih di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan dipercayai diseludup dari negara jiran.
"Kita percaya ada lagi rakan-rakan mereka yang sekarang ini sudah menyembunyikan diri, tetapi polis akan mengesan mereka," katanya dalam sidang media rampasan dadah di Bukit Aman, hari ini.
Selain itu, polis turut merampas wang tunai bernilai RM1,300 dan tiga kenderaan yang digunakan suspek untuk membawa ganja tersebut.
Mokhtar juga memberitahu, ketiga-tiga suspek positif ujian air kencing dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.
Suspek merupakan dua lelaki Melayu dan seorang lelaki India berusia lingkungan 30 tahun.
Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952 selama tujuh hari sehingga 11 Oktober ini.
Tambahnya, kejayaan ini hasil kerjasama erat daripada masyarakat dengan Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama pasukan Sting bagi memastikan segala aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah dapat dilumpuhkan.
Astro Awani
Mon Oct 05 2015
![Polis tumpas sindiket seludup dan edar ganja di Kuala Lumpur dan Selangor Polis tumpas sindiket seludup dan edar ganja di Kuala Lumpur dan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444055756_Rampasdadah.jpg)
Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952 selama tujuh hari sehingga 11 Oktober ini. - Gambar Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari 38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738921935_ZulkafliSariaat.jpg)
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
![Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000 Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738063584_dadah.jpg)
Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.
![Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737953995_AlongCham.jpg)
Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.
![Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736510577_TBKEKASIHDADAH.jpg)
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.
![Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735813550_prison.jpg)
Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
![Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734667126_pelakonpelawakke.jpg)
Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram, Sabtu minggu lalu.
![Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731923077_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.
![60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah 60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714382127_DatukKhawKokChin.jpg)
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
![KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729494155_TBZambry.jpg)
KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.
![Empat pelajar universiti swasta ditahan disyaki edar dadah Empat pelajar universiti swasta ditahan disyaki edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729694862_TBZulkafliSariaat.jpg)
Empat pelajar universiti swasta ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang merupakan pelajar sebuah universiti swasta dan merampas dadah jenis ganja dalam serbuan di Seri Iskandar, semalam.