KEPALA BATAS: Satu sindiket pengedaran syabu ke luar negara dengan menggunakan acuan simen tumpas selepas enam suspek termasuk pasangan kekasih ditahan sepasukan polis pada 4 Ogos lalu.
Kesemua suspek berusia antara 32 hingga 66 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang dalam empat serbuan berasingan di Butterworth dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, pasangan kekasih berusia 32 dan 36 tahun ditahan di hadapan sebuah premis di Bayan Lepas dalam serbuan jam 2.30 petang.
Susulan tangkapan tersebut, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Bagan, Butterworth jam 4.30 petang dan menahan empat lagi suspek termasuk dua warga emas.
"Susulan penangkapan itu, polis merampas sejumlah dadah jenis syabu dan serbuk MDMA (ekstasi) selain menyita sebuah kenderaan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM718, 912.
"Siasatan mendapati dadah tersebut untuk pasaran tempatan dan luar negara dan ia boleh digunakan oleh 3,319 penagih," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis SPU, dekat sini, hari ini.
Siasatan lanjut mendapati sindiket terbabit aktif sejak Jun lalu dan menyembunyikan syabu dalam acuan simen sebelum dihantar ke luar negara menggunakan khidmat penghantaran.
Menurut Mohd Radzi, ujian air kencing ke atas semua suspek didapati negatif dadah tetapi tiga daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.
Sementara itu, pada tarikh sama jam 4.30 petang, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD SPU telah menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Mak Mandin, Butterworth.
Susulan tangkapan itu, polis merampas sejumlah dadah jenis ketamin, ekstasi, eramin 5 dan serbuk MDMA selain menyita sebuah kenderaan dengan nilai keseluruhan RM70,080.
Ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah metamfitamin dan ketamin serta ditahan sehingga 9 Ogos ini untuk siasatan lanjut.
Zulfa Mohamad
Mon Aug 08 2022

Satu sindiket pengedaran syabu ke luar negara dengan menggunakan acuan simen tumpas selepas enam suspek termasuk pasangan kekasih ditahan sepasukan polis pada 4 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Polis gagalkan cubaan dua sindiket dadah edar syabu di Tawau
Polis menggagalkan cubaan mengedar syabu oleh dua sindiket pengedaran dadah di Tawau dengan penahanan tujuh lelaki.

Penghantar makanan dan rakan ditahan edar dadah lebih RM100,000
Dua lelaki termasuk seorang penghantar makanan (p-hailing) diberkas polis dalam serbuan di sebuah restoran di Raja Uda, Butterworth Rabu lepas.

Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL
Kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.

Polis tumpas sindiket edar dadah ke luar negara guna acuan simen
Satu sindiket pengedaran syabu ke luar negara dengan menggunakan acuan simen tumpas selepas enam suspek termasuk pasangan kekasih ditahan sepasukan polis pada 4 Ogos lalu.

Edar syabu, sepasang kekasih ke tali gantung
Sepasang kekasih dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan mengedar dadah syabu.