GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi warga negara asing dalam serbuan di Jelutong, George Town dan Seberang Perai Tengah pada 16 dan 17 Februari lepas.
Dalam serbuan itu, polis menahan tiga warga asing termasuk pasangan kekasih dipercayai terlibat dalam kes pengedaran dadah jenis syabu, pil kuda dan pil psikotropik.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang itu berjaya merampas dadah bernilai RM978,500.
"Kita menangkap dua lelaki dan satu perempuan warga negara asing berusia 34 hingga 47 tahun. Antara barang yang dirampas ialah 12 bungkus kertas warna coklat.
"Di dalam setiap bungkusan mengandungi 30 paket biru yaba atau pil kuda berjumlah 90,000 biji, bernilai RM900,000 dan dua syabu dalam bungkusan teh herba Cina (1,930 gram) dan RM69,500 dan rampasan ketiga, 18 paket lutsinar, pil jenis psikotropik bernilai RM9,000.
Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan dadah jenis psikotropik diedarkan untuk pasaran pekerja di tapak pembinaan namun siasatan lanjut masih sedang dijalankan.
"Pil psikotropik ini popular di kawasan (tapak) pembinaan digunakan untuk mereka yang hadapi masalah tidur dan kemurungan, kita percaya bahawa (ia diedarkan) untuk pasaran warga asing yang bekerja di kawasan pembinaan," ujarnya.
Mohd Shuhaily berkata, hasil siasatan mendapati suspek bekerja sebagai kontraktor binaan itu mempunyai dokumen perjalanan diri dengan seorang daripada mereka telah tinggal di Malaysia sejak 10 tahun lepas.
Polis percaya sindiket terbabit aktif melakukan jenayah tersebut sejak awal Mac tahun lepas.
Selain dadah, polis turut menyita tiga buah kenderaan, wang tunai dan barang kemas dengan nilai sitaan berjumlah RM82,550.
Ujian saringan air kencing ketiga-tiga suspek adalah negatif dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Sementara itu, bagi kes kedua, Mohd Shuhaily berkata, polis menumpaskan sindiket pengedaran ganja selepas menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 39 hingga 53 tahun.
Dalam dua serbuan di kawasan di Seberang Perai Tengah itu, polis merampas ganja 950 gram bernilai RM2375,00 dan merampas wang tunai berjumlah RM181,000 yang disimpan di dalam rumah berkenaan.
Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lepas.
Kesemua tangkapan yang bekerja buruh binaan petani itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta positif dadah jenis ganja direman bermula 17 Februari sehingga 23 Februari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 18 2022
![Polis tumpas sindiket edar dadah di P. Pinang, tahan pasangan warga asing Polis tumpas sindiket edar dadah di P. Pinang, tahan pasangan warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645174430_sindiketdadahtumpa.jpg)
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang itu berjaya merampas dadah bernilai RM978,500. - Astro AWANI
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![Polis Perak tumpas pengedaran dadah ketika musim PRU15 Polis Perak tumpas pengedaran dadah ketika musim PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669181741_YUSRIHASSANBASRI.jpg)
Polis Perak tumpas pengedaran dadah ketika musim PRU15
Polis Perak berjaya menahan 10 pengedar dadah yang dipercayai cuba mengambil kesempatan ketika kesibukan musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Lima ditahan, dadah lebih RM25 juta dirampas - Ayob Khan Lima ditahan, dadah lebih RM25 juta dirampas - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654248244_TBbukitaman.jpg)
Lima ditahan, dadah lebih RM25 juta dirampas - Ayob Khan
Kesemua suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Selangor dan Kedah pada semalam dan awal pagi tadi.
![Polis tumpas sindiket edar dadah di P. Pinang, tahan pasangan warga asing Polis tumpas sindiket edar dadah di P. Pinang, tahan pasangan warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645174430_sindiketdadahtumpa.jpg)
Polis tumpas sindiket edar dadah di P. Pinang, tahan pasangan warga asing
Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi warga negara asing dalam serbuan di Jelutong, George Town dan Seberang Perai Tengah pada 16 dan 17 Februari lepas.