Polis menumpaskan satu sindiket yang dipercayai melakukan jenayah pencerobohan sistem pembayaran dalam talian selepas menahan 11 individu di empat negeri, baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) SAC Mohd Kamarudin Din Md Din berkata kesemua individu terbabit ditahan di ibu negara, Selangor, Pahang dan Kelantan menerusi 'Op Helang 3/16' yang dilaksanakan bagi mengesan sindiket berkenaan.
"Polis telah melancarkan operasi itu pada 25 April lalu dan dalam tempoh tiga hari kita berjaya menangkap kesemua suspek secara berasingan di empat negeri itu," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Mohd Kamarudin berkata kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 17 hingga 42 tahun itu kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 5, Akta Jenayah Komputer 1997.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, sindiket itu dipercayai bergerak secara aktif di empat lokasi terbabit sejak September tahun lepas dan telah mengaut keuntungan mencecah hampir RM1 juta.
Katanya modus operandi sindiket itu adalah dengan membeli produk yang dijual dalam talian menggunakan kad kredit palsu dan menjual semula produk berkenaan di laman web yang lain dengan harga yang lebih murah.
Mohd Kamarudin berkata sindiket itu menyasarkan syarikat terkenal yang menawarkan produk seperti barangan elektronik, kosmetik, permainan komputer dan makanan segera.
"Mereka akan menggunakan data kad kredit palsu untuk pembayaran produk yang dibeli dan apabila transaksi itu gagal, mereka menggunakan satu aplikasi yang boleh memintas 'backhand coding' yang menunjukkan 'gagal' dan menukarnya kepada 'berjaya'.
"Apabila pembekal menerima maklumat transaksi 'berjaya', mereka seperti biasa akan membuat penghantaran produk kepada pembeli tanpa mengetahui ianya transaksi tidak sah," katanya.
Mohd Kamarudin berkata sindiket terbabit juga menggunakan alamat palsu atau alamat tidak wujud untuk penerimaan produk yang dibeli, di mana apabila wakil kurier gagal ke lokasi tersebut, mereka diminta menyerahkan produk di lokasi lain yang ditentukan anggota sindiket.
Katanya selepas menerima produk itu, anggota sindiket berkenaan seterusnya mengiklankannya di laman web jual/beli yang lain dan media sosial untuk mengaut keuntungan.
Beliau berkata polis turut merampas gajet elektronik seperti komputer dan telefon yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan itu selain bekalan produk yang telah dibeli daripada syarikat yang menjadi mangsa mereka.
"Kejayaan ini membuktikan polis mempunyai segala kepakaran dan keupayaan untuk menghadapi serta menangani ancaman jenayah terkini yang semakin kompleks," katanya.
Bernama
Tue May 03 2016
Modus operandi sindiket itu adalah dengan membeli produk menggunakan kad kredit palsu dan menjual semula di laman web yang lain. -Gambar hiasan
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Cukai taksiran turun 0.25 hingga 2 peratus ikut jenis bangunan - Datuk Bandar Ipoh
Sebahagian besar cukai taksiran dalam kawasan pentadbiran MBI telah turun sebanyak 0.25 peratus hingga dua peratus mengikut jenis bangunan.
Agenda AWANI: Aceh bangkit selepas dua dekad tsunami
Kita menolak lupa dan mengambil iktibar. Apa yang kita belajar dari episod tragedi Tsunami 2004 yang meragut ratusan ribu nyawa? Adakah Aceh ‘bersedia’ andai bencana kembali mengancam? Laporan khas oleh Editor Kanan Astro AWANI, Nazri Kahar.
Polis tumpas sindiket ceroboh sistem pembayaran dalam talian
Modus operandi sindiket itu adalah dengan membeli produk yang dijual dalam talian menggunakan kad kredit palsu dan menjual semula produk berkenaan di laman web yang lain.