Polis Trafik Kuala Lumpur kini bersiap siaga menghadapi bencana banjir kilat seperti yang melanda ibu negara semalam.
Ketuanya ACP Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tentang lokasi-lokasi yang berpontensi berlaku banjir.
"Kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan dilakukan terutama di kawasan yang terlibat dengan projek pembangunan berhampiran jalan-jalan utama di sekitar pusat bandar raya di ibu negara.
"Kerjasama polis dan DBKL akan dipertingkatkan bagi aspek pengurusan krisis dan lalu lintas," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Selain itu, Mohd Nadzri berkata pihaknya akan melaksanakan pelan pengurusan lalu lintas semasa banjir seperti lencongan dan penutupan jalan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya akibat bencana itu.
Beliau berkata pelan itu akan dilaksanakan apabila berlaku hujan lebat berpanjangan dan tanda-tanda akan berlaku banjir teruk di lokasi yang akan dikenal pasti kelak.
Mengulas mengenai keadaan banjir teruk di Jalan Sultan Abdul Halim dan pintu masuk utama Universiti Malaya (UM) semalam yang menyebabkan hampir 100 buah kenderaan terperangkap, Mohd Nadzri berkata seramai 15 anggota khas kawalan banjir ditugaskan di kedua-dua lokasi berkenaan.
"Anggota kita turut memberi bantuan menunda kenderaan yang terkandas sejak banjir melanda sehingga air surut.
"Tiada kecederaan dan sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berikutan air mulai naik separas pinggang dan berarus deras, mangsa yang terperangkap diselamatkan termasuk seorang wanita yang mengalami sesak nafas," katanya.
Semalam, sebanyak empat jalan utama iaitu Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam.
Bernama
Fri May 13 2016
Keadaan banjir di pintu masuk utama Universiti Malaya (UM) semalam. Gambar Twitter Bernamadotcom
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Polis trafik KL siap siaga hadapi bencana banjir kilat
Ketuanya ACP Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya telah memaklumkan kepada DBKL tentang lokasi-lokasi yang berpontensi berlaku banjir.