KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa semua pihak berhenti memainkan isu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R) kerana ia mampu menggugat keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes berkaitan 3R semakin ‘panas’, namun pihaknya tidak pernah berdiam diri melalui tindakan proaktif termasuk membuka kertas siasatan berdasarkan laporan polis dibuat.
"Kita sangat konsisten dan tidak memilih bulu dalam siasatan membabitkan isu 3R, tidak kisah ia dilakukan ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, kita akan buka dan siasat.
“Selain itu, kita akan mempertingkatkan lagi maklumat dan risikan terhadap usaha-usaha yang cuba memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini, pada Rabu.
Mohd Shuhaily turut menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
“Kita cukup bimbang ada perkara tidak libatkan isu perkauman tetapi apabila membabitkan dua kaum berbeza boleh jadikan pemangkin isu ini.
“Kita tidak mahu lihat ada insiden ‘Kampung Medan’, ia hanya memburukkan imej negara. Jangan melampui batas, jadi semua pihak perlu hentikan isu ini,” tegasnya.
Ketika ditanya berkaitan kejadian ugutan kilang pembekal stoking tertulis kalimah Allah di Batu Pahat, Johor, menurut Mohd Shuhaily, pihak polis membuka kertas siasatan dan ia masih dalam tindakan.
Datuk Seri Chai Kee Kan dan isterinya Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah, dua minggu lalu.
Kee Kan, 57, dan Siew Mui, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.
Mengikut semua pertuduhan, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.
Semua tertuduh didakwa pada hari yang sama turut bersubahat melakukan kesalahan itu di mana kesalahan itu dilakukan hasil daripada persubahatan mereka.
Kesalahan didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada jam 6.30 pagi, 13 Mac lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 27 2024

Mohd Shuhaily (kanan) berkata, kes berkaitan 3R semakin ‘panas’, namun pihaknya tidak pernah berdiam diri melalui tindakan proaktif termasuk membuka kertas siasatan berdasarkan laporan polis dibuat. -Gambar fail
Keluar KWSP awal ibarat 'mendera', 'menghukum' pencarum berkenaan - PM
Langkah membenarkan pencarum untuk terus mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka sebelum tiba masanya, seolah-olah seperti mendera dan menghukum kumpulan berkenaan apabila mereka bersara kelak.
Perdana Menteri berkata, statistik menunjukkan majoriti pencarum daripada kalangan kaum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan mereka akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
Perdana Menteri berkata, statistik menunjukkan majoriti pencarum daripada kalangan kaum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan mereka akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
Caruman pekerja asing lindungi kepentingan pekerja tempatan
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.

Lenovo perlihat konsep komputer riba 3D boleh dikawal melalui cincin
Komputer riba ini ditujukan kepada jurutera dan perekabentuk untuk memudahkan pembangunan projek visual.
Peningkatan productiviti tetapi upah tidak setimpal - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji mempunyai kaitan dengan peningkatan produktiviti di negara luar tetapi di Malaysia produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Untuk menaikkan produktiviti, peningkatan kemahiran seperti TVET, perkenalkan beberapa disiplin baharu seperti AI dan teknologi baru di universiti dan pusat latihan. #AWANInews

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Lebih 35,000 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 bilion direkodkan tahun lepas
Ramli berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.

Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.