Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau aktiviti di laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakannya untuk melanggar perundangan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.
Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh setiap aktiviti sama ada ia berunsur jenayah atau hasutan, dan sekiranya ada bukti yang kukuh, mereka akan bertindak tanpa memberi amaran.
"Kita tidak akan bagi amaran lagi kerana sudah banyak amaran yang diberi malah selama ini juga, kita sudah tunjuk tindakan tegas, tidak perlu lagi menghuraikan satu persatu apa yang perlu kita buat.
"Jika mereka jelas buat salah, kita akan terus laksanakan apa yang wajar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi iaitu Mohd Akram Abd Rahim dan pasangannya, Shakira Mirza di kediaman rasmi Ketua Polis Negeri di Jalan Brown di sini hari ini.
Mohd Bakri berkata demikian ketika diminta mengulas artikel sebuah akhbar tempatan berhubung tentera siber DAP, Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan serta memanipulasi fakta, termasuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perkara itu didedahkan bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP Shen Yee Aun dalam satu wawancara dengan portal berita Mynewshub yang dimuat naik ke laman YouTube.
Sementara itu, berhubung perkembangan penubuhan jawatankuasa bertindak oleh PDRM bagi mengendalikan kes kematian tahanan di lokap, Mohd Bakri berkata jawatankuasa terbabit akan dipengerusikan Ketua Polis Negara untuk memastikan serta melihat semula Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.
"Kita akan memperketat perlaksanaan tugas dan tanggungjawab berkaitan lokap di mana kita kena tengok balik apa-apa yang ada dalam SOP bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan mengikut keadaan semasa.
"Jika dari aspek kelemahan dalam SOP sedia ada, saya tidak boleh memaklumkannya sekarang kerana penilaian masih dibuat bagi mencari kaedah terbaik penambahbaikan," katanya.
Bernama
Sat Jun 01 2013
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Polis terus pantau aktiviti di laman sosial
Polis terus memantau aktiviti di laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakannya untuk melanggar perundangan negara.