Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata langkah itu bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual bahan larangan tersebut di musim perayaan ini.
Katanya, setakat ini hanya dua jenis mercun sahaja dibenarkan iaitu 'Happy Boom' dan 'Pop-Pop'.
"Bila bermulanya minggu pertama memang kita arahkan semua OCPD mengarahkan team di bawah yang memantau untuk mengambil tindakan sewajarnya.
"Kita tidak mahu ada insiden kebakaran atau kecederaan mahupun kehilangan nyawa berlaku," katanya.
Jendela Ramadan
Beliau berkata setakat ini pihaknya telah menerima sembilan permohonan dan hanya dua permit penjualan telah diluluskan, masing-masing melibatkan daerah Besut dan Dungun.
Sementara itu Rohaimi turut menegaskan penjualan kepada individu di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan.
Justeru itu pihaknya tidak akan berkrompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melakukannya dan tindakan tegas akan dikenakan.