KOTA BHARU :Polis menemui mayat seorang bayi berumur lapan bulan dalam keadaan menyayat hati dengan badannya dilumur garam dan dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur, dipercayai dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri di Kampung Sungai Dua, Melawi di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bachok DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, mangsa turut mengalami beberapa kesan lebam di bahagian badan dan paling teruk dileher kanan dan kiri mangsa.
“Berikutan dengan itu polis menahan bapa bayi tersebut yang bekerja kampung, berumur 40-an untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, hari ini.
Samsulmuddin berkata, manakala ibu bayi tersebut yang berusia 32, tahun yang turut mengalami lebam di bahagian badan dan masih dalam keadaan trauma, telah dihantar ke Pusat Kesihatan Bachok untuk rawatan lanjut.
Katanya, ibu bayi tersebut telah menelefon seorang sepupunya, sebelum lelaki tersebut pergi ke rumah mangsa dan kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok pada 11.30 am.
Beliau berkata, polis terpaksa memecah pintu rumah mangsa yang dikunci selepas panggilan tidak dijawab, sebelum menemui mayat mangsa dan ibunya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu untuk dibedah siasat.
“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya,
Sementara itu ibu saudara mangsa berusia 46 tahun, ketika ditemui di tempat kejadian melahirkan rasa terkejut selepas menerima berita mengenainya pada pagi ini.
Beliau berkata, seminggu lepas beliau berkunjung ke rumah mangsa dan tiada apa-apa yang berlaku, cuma bapa mangsa mengadu demam kerana sakit bisul.
Bernama
Tue Oct 13 2020
Polis terpaksa memecah pintu rumah mangsa yang dikunci selepas panggilan tidak dijawab, sebelum menemui mayat mangsa serta ibunya.
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Mayat bayi perempuan baru lahir ditemukan tenggelam dalam parit
Mayat bayi perempuan tanpa pakaian, dengan tali pusat yang disyaki sudah dipotong, ditemukan dalam parit dekat tapak pembinaan hospital.
Pengasuh mengaku salah sembunyikan kelahiran bayi ditemui maut
Seorang pengasuh warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, atas kesalahan menyembunyikan kelahiran di Kangar pada bulan lalu.
Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui dalam tong sampah
Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di salah satu blok sebuah flat di Bandar Baru, Farlim, Air Itam di sini pada Khamis.
Mayat bayi ditemukan terapung di perkampungan atas air di Kota Kinabalu
Mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di sebuah perkampungan atas air di sini, semalam.
Jumpa mayat bayi di pekarangan masjid
Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah dekat sini petang tadi.
Mayat bayi ditemukan di Flat Danau Kota, Setapak
Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemukan beralaskan papan kayu di kawasan rumput di Flat Danau Kota, Setapak hari ini.
Mayat bayi perempuan dijumpai dalam longgokan sampah
Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang bayi tersebut.
Mayat bayi dilumur garam: Kecederaan di kepala mungkin akibat hentakan
Ia berdasarkan hasil bedah siasat mangsa yang selesai dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pada 4 pagi tadi.
Mayat bayi dijumpai di masjid, ketika jemaah hendak solat Subuh
Mayat itu dibalut dengan kain batik dalam keadaan masih bertali pusat dan mempunyai kesan darah pada hidung.
Mayat bayi mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan dijumpai terapung
Mayat berkenaan dijumpai nelayan sebelum memaklumkannya kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan.