BAYAN LEPAS: Polis telah melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah van selepas pemandu enggan memberhentikan kenderaannya dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada pagi Rabu.
Sebelum kejadian, sepasukan polis trafik telah membuat Ops Perdagangan di lebuh raya tersebut pada jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, ketika menjalankan operasi, anggota mendapati sebuah van dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba menahannya.
Bagaimanapun menurutnya, pemandu van enggan mematuhi arahan itu lalu memecut laju kenderaannya.
"Anggota polis telah mengejar kenderaan itu hingga ke Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas dan terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar hadapan van apabila suspek cuba melanggar anggota polis sebelum kenderaannya terbabas di bahu jalan.
"Susulan daripada itu, kita menahan pemandu van iaitu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menambah, dalam insiden tersebut polis telah mengejar suspek sejauh lima kilometer.
"Insiden tersebut turut menyebabkan beberapa kemalangan melibatkan kenderaan lain yang diparkir di tepi jalan," katanya.
Kamarul menambah, siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai lesen memandu dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.
"Ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine. Suspek juga mempunyai rekod dikehendaki bersabit dengan kes Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2023 di daerah Barat Daya.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 10 2024

Pemandu van memecut laju kenderaannya selepas enggan berhenti dalam sekatan jalan raya yang dijalankan pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Polis tembak tayar van, enggan berhenti sekatan
Polis telah melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah van selepas pemandu enggan memberhentikan kenderaannya dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada pagi Rabu.