HULU SELANGOR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di KM396.5 Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak pada malam Sabtu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota petugas di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menerima maklumat pertama kejadian tersebut pada jam 11.32 malam.
Menurutnya, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bertindak mengekori sebuah kereta jenis Proton Waja kelabu kerana berada dalam keadaan mencurigakan.
Kata beliau, suspek yang menyedari diekori telah bertindak melarikan diri dengan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
"Pasukan polis telah mengejar suspek sehingga masuk ke hentian sebelah Tanjung Malim arah utara (KM396.5) dan berjaya menghentikan kenderaan suspek.
"Bagaimanapun suspek telah memulakan tindakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
"Pihak polis telah membalas tembakan sehingga memastikan keadaan selamat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Hussein berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada dalam kereta berlumuran darah dan telah meninggal dunia.
Jelas beliau, suspek merupakan dua lelaki tempatan yang mempunyai rekod lampau dan seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah serta enam dikehendaki pihak polis.
Tambahnya, identiti seorang lagi suspek masih dalam proses mengenal pasti.
Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan," ujarnya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 02 2024

Hussein berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada dalam kereta berlumuran darah dan telah meninggal dunia. - Foto Sinar Harian

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.

Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.