JOHOR BAHRU:Polis menahan seorang lelaki warga emas yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di kawasan Taman Ulu Choh di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata seorang lelaki berumur 21 tahun dalam aduannya mendakwa kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.15 petang semasa dia sedang memandu kereta jenis Perodua Myvi di kawasan Taman Ulu Choh menghala ke jalan keluar di Jalan Senduduk, di sini.
"Pada pukul 5.30 petang hari yang sama, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah menahan seorang lelaki berumur 63 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau di sebuah rumah dalam kawasan yang sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata kesan tembakan dapat dilihat pada pintu bahagian belakang sebelah kanan kereta, dan menurutnya kejadian dipercayai berlaku berikutan sikap lelaki itu yang sering membuat bising menggunakan keretanya sehingga mengganggu jiran tetangga.
Katanya polis turut merampas satu laras senapang tiruan pendek serta satu laras senapang tiruan panjang, dan siasatan awal polis mendapati senapang itu dibuat sendiri oleh suspek berdasarkan pembelajaran melalui Youtube.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021
Polis menahan seorang lelaki warga emas yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta. -Gambar hiasan
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Enam maut, sembilan cedera ditembak lelaki bersenjata di Tel Aviv
Polis Israel melabelkan insiden itu sebagai serangan pengganas tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya 4 maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.
4 maut ditembak dalam kereta api di Chicago
Menurut laporan polis, kesemua mangsa dipercayai ditembak ketika sedang tidur di tempat duduk mereka.
Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.
Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway
Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.
Suspek samun kedai emas di Plaza Metro Kajang ditembak mati
Suspek kes samun kedai emas di Plaza Metro Kajang, pada 17 Jun lalu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk ke Tol Sungai Balak, Lebuhraya SILK di Kajang, petang Selasa.
Pengawal keselamatan ditahan, terlepas tembakan di Hospital Alor Gajah
Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat sekuriti kerana dipercayai cuai sehingga senjata api yang digunakannya terlepas tembakan ketika bertugas di Hospital Alor Gajah.
749 ditahan di Venezuela kerana merusuh
Antara lain, mereka menghadapi tuduhan menghasut, menghalang jalan, jenayah kebencian, menentang penahanan dan melakukan keganasan.
Dua kenderaan UNICEF ditembak di Gaza
Beliau mengesahkan ini insiden kedua yang melibatkan kenderaan UNICEF dalam misi kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 12 minggu lalu.
6 terbunuh, 4 cedera dalam tembakan di Croatia
Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di Rumah Orang Tua di Daruvar, timur Croatia, pada Isnin.