Polis Terengganu hari ini bertindak menahan seorang ibu beranak empat berusia 38 tahun bersama teman lelakinya dan merampas 1,020 pil kuda serta 50 gram syabu bernilai RM27,800.
Suaminya wanita terbabit dikatakan kini sedang menjalani hukuman penjara.
Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sebuah rumah yang disewa suspek di Bukit Payung, kira-kira jam 11.30 malam, Isnin.
Dadah berkenaan dijumpai disorok di dalam rak pakaian di bilik tidur utama rumah suspek tersebut.
Polis turut merampas wang dipercayai hasil jualan dadah sebanyak RM5,300 dan sebuah kereta.
Dadah yang dibawa masuk dari negara jiran itu dipercayai untuk pasaran sekitar daerah Marang dan Hulu Terengganu.
Menurut Mohd Adli, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Julai.
Hasil ujian air kencing ke atas teman lelaki wanita tersebut yang mempunyai enam rekod kesalahan jenayah lampau mendapati beliau positif dadah.
Manakala, ujian air kencing ke atas suspek wanita berkenaan didapati negatif.
Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sehingga mati.
Astro Awani
Wed Jul 01 2015

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Julai.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penyokong liga kampung bergaduh, polis mulakan siasatan
Siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah.

Dakwaan ejen jualan cuba culik kanak-kanak hanya salah faham
Perkara itu berlaku akibat salah faham di antara ibu kanak-kanak terbabit dan sekumpulan jurujual peralatan gas memasak.

Kontraktor maut kenderaan terbabas di LPT2
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Treler bawa muatan kayu balak terbalik
Setiba di lokasi, treler tiba-tiba terbalik ke sebelah kiri jalan ketika membelok apabila lampu isyarat hijau menyebabkan kesemua kayu balak terjatuh ke atas jalan.

Padah tidak letak nombor plat kenderaan
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu selepas ditahan di Ajil dan bawah jejantas Kilometer 403 arah Bukit Besi - Kuala Terengganu.

Lelaki maut, dua rakan parah kereta terbabas rempuh pokok
Siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya bertolak dari kedai makan Binjai Rendah hendak pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 3 pagi.

Pemandu treler mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia
Wan Mohd Rudi dikatakan tidak bangun daripada tidur sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Polis bantuan TM maut motosikal bertembung pacuan empat roda
Kenderaan pacuan empat roda dari Ajil menghala ke Bukit Besi dipercayai telah membelok ke laluan kanan seterusnya memasuki laluan mangsa.

Dua lelaki lolos ditahan semula
Mereka adalah suspek bagi kes curi yang bertindak keluar dari van yang dinaiki selepas bergelut dengan pihak polis dalam perjalanan balik dari mahkamah.

Mayat Ami Azzizol yang lemas di Tasik Kenyir ditemukan pagi ini
Mayat Ami Azzizol Abu Bakri, 22 tahun, ditemui terapung kira-kira jam 7.10 pagi.