TANAH MERAH: Polis menahan tiga suspek lelaki berusia 19 sehingga 41 tahun kerana terlibat membaling mercun buatan sendiri ke sebuah rumah di Felda Kemahang 3, di sini pada 17 Februari lepas.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan di tiga rumah berasingan di Felda Kemahang 3, Selasa lalu.
"Tangkapan dilakukan susulan polis menerima laporan seorang mangsa yang merupakan peneroka di Felda itu berkaitan bunyi letupan pada awal pagi 17 Februari lalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya mangsa terdengar bunyi beberapa orang berjalan di luar rumahnya sebelum terdengar bunyi dua letupan yang kuat di hadapan rumah di Felda berkenaan.
Mohd Haki berkata siasatan di tempat kejadian menemukan serpihan besi disyaki komponen bahan letupan buatan sendiri dan bukti itu telah dihantar ke unit forensik untuk dianalisis.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah telah melakukan serbuan terhadap rumah ketiga-tiga suspek terbabit.
"Serbuan di rumah pertama suspek bertindak melarikan diri setelah kehadiran polis namun dapat ditahan setelah berlakunya pergelutan," katanya sambil menambah polis turut menemukan 12 biji pil yaba di dalam beg suspek.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas rumah dua lagi suspek, polis menemukan satu paket mercun bola dan sebuah beg silang yang mengandungi sumbu dan serbuk belerang (karbait) di dalam sebuah almari di rumah itu.
"Pemeriksaan lanjut, pihak kami telah menjumpai satu guni berwarna putih di dalamnya berisi tiga paket mercun bola yang disimpan dalam sebuah almari lain," katanya menambah hasil ujian saringan mendapati dua daripada suspek positif methaphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau.
"Kesemua suspek direman empat hari bermula semalam sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023

Tangkapan dibuat susulan polis menerima laporan seorang mangsa yang merupakan peneroka di Felda itu berkaitan bunyi letupan pada 17 Feb lalu. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

ACLE: Hotel Pohang Steelers diganggu, balingan mercun tanda perang psikologi?
Persiapan lawan dilaporkan terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.

340 cedera akibat mercun sempena Krismas dan tahun baharu di Filipina
Hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.

Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.

Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
Tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan melupuskan sisa domestik.

Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.

Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.

Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru
Kejadian bermain mercun itu dikatakan berlaku di tingkat 20, Residensi PR1MA Meru.

KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.

Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac
Jumlah berkenaan membabitkan 39 kes serta tangkapan melibatkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.