Polis menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah di Felda Bukit Sagu 2 di sini malam tadi kerana memperdaya seorang jurujual dengan menawarkan bantuan membebaskan sepupu mangsa daripada tuduhan dadah di mahkamah.
Kedua-dua suspek berusia 36 dan 49 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam tadi selepas mangsa, wanita berusia 22 tahun, membuat laporan polis kerana mengalami kerugian RM3,500 akibat diperdaya pasangan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku pada 9 Mac lalu ketika mangsa berada di perkarangan Mahkamah Majistret di sini, berjumpa dengan suspek pertama yang memperkenalkan diri sebagai Kak Ani.
"Kak Ani memaklumkan kepada mangsa bahawa suaminya seorang anggota polis dan menawarkan bantuan pembebasan sepupu mangsa daripada tuduhan dadah di Mahkamah Kuantan.
"Kemudian, Kak Ani memberi kepada mangsa nombor telefon bimbit suaminya, sebelum wanita itu berhubung dengan suami suspek yang dikenali sebagai Izuan, menggunakan aplikasi WhatsApp," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Wazir berkata, pada 3 Mei lalu, mangsa berjumpa dengan Kak Ani dan suaminya di sebuah pusat membeli belah di daerah ini bagi membincangkan urusan pembebasan sepupunya.
"Suami Kak Ani menyatakan mangsa perlu membayar RM3,500 bagi bayaran kepada pihak mahkamah. Pada 18 Mei lalu, mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada Izuan secara serahan tunai.
"Izuan memaklumkan kepada mangsa, urusan itu akan selesai dan sepupunya akan dibebaskan kelmarin," katanya sambil menambah, mangsa menyedari dia sudah ditipu apabila kedua-dua suspek tidak hadir di mahkamah pada Isnin dengan alasan berkursus di Putrajaya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek direman bermula hari ini sehingga Sabtu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.
Noraniza Kamsani
Wed May 23 2018
![Polis tahan suami isteri tipu jurujual RM3,500 Polis tahan suami isteri tipu jurujual RM3,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527065178_MohdWazirMohd.jpg)
Mohd Wazir berkata, mangsa berjumpa dengan pasangan suami isteri itu di sebuah pusat membeli belah bagi membincangkan urusan pembebasan sepupunya pada 3 Mei. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655449197_TBPEGUAM.jpg)
Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
![PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639361396_RickyEnteriSikiB.jpg)
PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).
![Saya bersama Pakatan Harapan - Maszlee Malik Saya bersama Pakatan Harapan - Maszlee Malik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604294754_DrMaszleeMalik.jpg)
"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.
![Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607613463_LautChinaSelatan.jpg)
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.
![Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602830271_TBMASZLEEMALIK.jpg)
Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
![Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51594700059_HamzahZainuddin.jpg)
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
![13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong 13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51580547974_Agong.jpg)
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
![Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598533856_BekasPerdanaMenter.jpg)
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
![Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597802878_OrangAslijambatan.jpg)
Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.
![Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81551505900_PRK.jpg)
Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.