Polis merampas 324 pil ecstasy bernilai RM6,480 hasil penahanan sepasang kekasih di sebuah rumah dua tingkat di Taman Gemilang, Kulai di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu, polis turut merampas dadah jenis ketamine seberat 11.28 gram bernilai RM165 dan syabu seberat 1.42 gram.
"Dadah jenis syabu itu dipercayai untuk edaran pasaran tempatan dan dijual pada harga RM50 setiap 0.1 gram," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.
Zulkefly berkata hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek berumur 46 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan ketamine.
Pasangan kekasih yang tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah itu kini direman sehingga 15 Nov ini, katanya.
Bernama
Tue Nov 12 2013
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis Thai rampas dadah untuk dihantar ke negara ketiga
Polis Thai menumpaskan cubaan oleh sindiket dadah untuk membawa sejumlah besar dadah sintetik dianggarkan bernilai sekitar 929 juta Baht.
Anggota polis, wanita Vietnam dipercayai mangsa 'permainan maut'
Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes ini sebagai bunuh dan bunuh diri.
Polis tahan sepasang kekasih, rampas pil ecstasy
Polis merampas 324 pil ecstasy bernilai RM6,480 hasil penahanan sepasang kekasih di sebuah rumah dua tingkat di Taman Gemilang, Kulai.