PASIR MAS: Seorang pelajar Tingkatan Empat dan rakan berusia 18 tahun ditahan bersama 10 kilogram (kg) ganja dalam serbuan di tepi jalan di Kampung Banggol Petaling di sini pada Ahad.
Kedua-dua suspek itu ditahan pada jam 3.15 petang semasa berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan sejurus kedua-dua suspek itu ditahan membawa kepada penemuan ganja seberat 10kg.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM31,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, hasil semakan yang dilakukan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah berkait dadah.
Ujarnya, ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati mereka positif ketamin.
Nik Aminuddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Isnin sehingga 12 November bagi tujuan siasatan.
"Pihak polis ingin menegaskan bahawa usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, namun masyarakat secara umumnya perlu mempunyai kesedaran untuk turut serta," katanya.
Tambah beliau, sehubungan itu pihak polis menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222 atau di balai-balai yang berdekatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 07 2023
![Polis tahan pelajar Tingkatan Empat, rampas 10kg ganja Polis tahan pelajar Tingkatan Empat, rampas 10kg ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699321015_TBGanjajpg.jpg)
Hasil pemeriksaan yang dilakukan sejurus kedua-dua suspek ditahan membawa kepada penemuan ganja seberat 10kg. - Foto Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Polis tahan pelajar Tingkatan Empat, rampas 10kg ganja Polis tahan pelajar Tingkatan Empat, rampas 10kg ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699321015_TBGanjajpg.jpg)
Polis tahan pelajar Tingkatan Empat, rampas 10kg ganja
Kedua-dua suspek itu ditahan pada jam 3.15 petang semasa berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil.