JOHOR BAHRU: Lelaki Rohingya yang dikenali dengan gelaran ‘Long Tiger’ ditahan polis pada Isnin kerana mengurung seorang bekas pekerjanya.
Abdul Hamim Ab Hamid, 35, ditahan di Muar pada pukul 9.45 malam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay mengesahkan penahanan tersebut.
Bagaimananapun, kata Ayob Khan, punca suspek mengurung bekas pekerjanya itu masih dalam siasatan polis.
"Susulan daripada satu kes kurungan salah, Long Tiger ada buat kurungan salah terhadap satu mangsa dan kita sudah tangkap Long Tiger dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 342 Kanun Keseksaan Ugutan Jenayah dan Kurungan Salah," kata Ayob Khan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, di sini pada Rabu.
Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan juga mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol, namun telah selesai menjalani hukuman.
Astro Awani
Wed Jul 14 2021

Datuk Ayob Khan Mydin Picthay yang mengesahkan penahanan Long Tiger, bagaimananapun berkata, punca suspek mengurung bekas pekerjanya itu masih dalam siasatan polis.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes 'Long Tiger'
Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes berkaitan 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.

Mahkamah Tinggi batal keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan perkara itu selepas mendapati berlaku kekhilafan terhadap keputusan terdahulu yang dibuat.

Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.

Long Tiger dilepas tanpa dibebas bagi kes peras ugut
Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger.

Lari dari tahanan, 'Long Tiger' dipenjara 12 bulan
Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sdi hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.

'Long Tiger' akan dituduh 19 Jan ini
Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, akan dituduh pada 19 Jan ini.

Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari.

Reman Long Tiger, tiga lelaki disambung hingga Isnin
Tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama.

Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

'Long Tiger' lolos, Ketua Polis Daerah Tangkak, dua pegawai dikenakan tindakan tatatertib
Kertas siasatan yang dibuka PDRM itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.