BUKIT MERTAJAM: Polis menumpaskan sindiket meminta sedekah yang dijalankan oleh sami palsu dari Thailand selepas menahan lima warga asing termasuk seorang warga emas dalam serbuan di dua pasar awam di sini, pada 8 dan 10 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, pihak polis menjalankan serbuan di Pasar Awam Bukit Mertajam di sini pada 9.30 pagi sebelum menahan dua lelaki dan dua wanita warga Thailand di situ.
"Pihak polis telah merampas empat bekas mangkuk dan wang tunai RM40 daripada mereka yang menyamar sebagai sami untuk mengutip sedekah manakala serbuan kedua pada 7.15 pagi pada Jumaat di Pasar Awam Taman Chai Leng, Perai di sini, kami menahan seorang lagi lelaki bersama duit RM158 yang turut menjalankan kegiatan sama.
"Siasatan awal mendapati semua mereka berusia 41 hingga 64 tahun itu masuk ke negara ini menerusi pintu masuk Bukit Kayu Hitam, Kedah sejak Februari dan awal bulan ini dengan telah beberapa kali ke sini untuk menjalankan kegiatan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati kegiatan mereka itu didalangi lelaki warga tempatan yang berperanan menyediakan rumah dan menghantar sami palsu tersebut ke beberapa lokasi terutama pasar awam sekitar daerah ini untuk meminta sedekah serta usaha mengesan suspek giat dijalankan.
"Penahanan mereka juga mendapat kerjasama daripada Konsulat Thailand yang berperanan untuk memastikan sama ada individu tersebut adalah sami yang sebenar atau palsu, berdasarkan maklumat konsulat juga setiap sami yang sebenar akan memakai pakaian sami dalam pasport mereka," katanya.
Tan berkata sami palsu itu dipercayai mampu mengutip sedekah sehingga RM500 setiap hari dalam tempoh antara empat dan lima jam dan tindakan mereka itu telah menyebabkan sami yang sebenar gagal mendapatkan sumbangan daripada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Polis menumpaskan sindiket meminta sedekah yang dijalankan oleh sami-sami palsu dari Thailand selepas berjaya menahan lima warga asing dalam serbuan di dua buah pasar awam pada 8 dan 10 Mac lalu. - Foto BERNAMA
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Kumpulan penyiasat serah laporan awal kepada PBB
Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas pesawat Jeju Air bulan lepas telah menyerahkan laporan awal kemalangan kepada agensi penerbangan PBB dan pihak berkuasa Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.
OP Bersepadu: had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerajaan akan melaksanakan Ops Bersepadu selama enam hari bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya lancar sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual yang punyai impak besar - PM Anwar
Menerusi perkongsian di platform media sosial, Anwar berkata, keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat punya dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat.
Selepas kebakaran, California kini diancam banjir, tanah runtuh
Selepas dilanda kebakaran hutan terburuk yang mengorbankan lebih 27 nyawa, California kini diancam hujan lebat dan bencana tanah runtuh.
Polis tahan lima sami palsu warga Thailand
Polis menumpaskan sindiket meminta sedekah yang dijalankan oleh sami palsu dari Thailand.
Sindiket sami palsu berleluasa di Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan sami palsu yang semakin berleluasa di sekitar negeri itu.
'Sami Louis Vuitton' dapat tambahan hukuman 16 tahun penjara atas tuduhan culik, rogol
Hukuman penjara ke atas Sukphol itu ditambah lagi selama 16 tahun apabila didapati bersalah menculik dan merogol seorang gadis bawah umur.