SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menendang dan membaling batu terhadap dua ekor kucing di hadapan sebuah kedai di Semeling, dekat sini, semalam.
Terdahulu, perbuatan khianat suspek itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 1.09 pagi Sabtu, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan.
Beliau berkata, polis menerima laporan daripada pemilik premis terbabit selepas melihat rakaman berkenaan.
“Suspek ditahan di rumahnya di Kampung Pengkalan Merbok jam 1.29 petang Isnin. Hasil siasatan awal, suspek mendakwa mengalami gangguan emosi kerana tidak berkerja.
"Siasatan ke atas ahli keluarga suspek mendakwa, suspek sebelum ini seorang pencinta kucing dan banyak memelihara haiwan itu di rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Zaidy berkata, kucing yang diseksa suspek telah diambil Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan diberikan rawatan.
Katanya, suspek berusia 27 itu akan direman di mahkamah hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat terhadap haiwan, yang memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, yang membawa denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Menerusi rakaman CCTV yang tular, kelihatan seorang lelaki yang memandu Perodua Bezza berwarna putih melakukan kekejaman terhadap dua ekor kucing di hadapan sebuah kedai.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jun 20 2022
Menerusi rakaman CCTV yang tular, kelihatan seorang lelaki melakukan kekejaman terhadap dua ekor kucing di hadapan sebuah kedai. - Foto PDRM
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Polis tahan lelaki seksa kucing
Perbuatan khianat suspek itu dirakam kamera litar tertutup pada jam 1.09 pagi Sabtu