JOHOR BAHRU: Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata lelaki tempatan berumur 21 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira jam 8.30 malam.
Katanya, sebelum itu, polis telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis 'Kerajaan Gagal' yang digantung di sebuah jejantas Jalan Parit Raja menuju ke Ayer Hitam pada jam 11.04 pagi semalam.
Ekoran daripada itu, beberapa anggota katanya telah pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam.
"Namun tidak lama selepas itu, polis menerima pula aduan tentang satu video perhimpunan, pembakaran suar dan kejadian menaikkan kain rentang yang tertulis 'Kerajaan Gagal' tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang sama yang digantung di jejantas berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau menambah polis juga menerima beberapa laporan yang memaklumkan terdapat aktiviti Mat Rempit di kawasan terbabit dari jam 12 tengah malam Rabu hingga 1 pagi Khamis.
Oleh itu, katanya, polis akan mempertingkatkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan di daerah itu khususnya kawasan Parit Raja.
Dalam masa sama, pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu terbabit dan usaha untuk mengesan dan menahan mereka sedang dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 144/269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
![Polis tahan lelaki merusuh Polis tahan lelaki merusuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607688236_LogoPDRM.jpg)
Polis akan mempertingkatkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan di daerah Batu Pahat khususnya kawasan Parit Raja.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
AWANI Ringkas: Presiden UMNO serah kepada rauf ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
J.D Vance pernah menjadi pengkritik utama Trump
J.D Vance yang diumumkan sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bergandingan dengan calon Republikan, Donald Trump membuat pengakuan bahawa sebelum ini beliau merupakan pengkritik keras Trump.
Babydog ramal kemenangan besar Parti Republikan
Tidak cukup penganalisis politik, anjing pun dijadikan sandaran meramalkan siapa Presiden Amerika Syarikat.
''Polisi saya untuk warga kulit hitam lebih baik'' - Biden
Joe Biden nafi dakwaan Trump, yang mendakwa kebajikan warga kulit hitam di Amerika Syarikat tidak mendapat perhatian.
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
PAC tuntut HRD Corp tarik balik surat LOD kepada akhbar
Mas Ermieyati berkata, jawatankuasa berkenaan mengutuk tindakan HRD Corp dan menganggap ia sebagai percubaan memberi tekanan kepada media untuk tidak menyiarkan laporan PAC berhubung syarikat itu.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720940460_TBpengaruh.jpg)
Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.
![Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530400_TBMohdShuhaily.jpg)
Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
![Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720088707_deraanjing.jpg)
Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar
DVS telah merekodkan keterangan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.
![Indonesia siasat dakwaan 1,000 anggota Dewan Rakyat terlibat judi dalam talian Indonesia siasat dakwaan 1,000 anggota Dewan Rakyat terlibat judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716562423_OnlineGambling.jpg)
Indonesia siasat dakwaan 1,000 anggota Dewan Rakyat terlibat judi dalam talian
Siasatan itu didorong oleh laporan daripada Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK).
![Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719203141_tbBatikAirKapalT.jpg)
Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum
ATSB telah membuka siasatan terhadap pesawat Boeing 737-800 Batik Air Indonesia yang disyaki terbang di bawah altitud minimum.
![Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718800706_MHthreeseventy.jpg)
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.
![Boeing didakwa telah hilang kawalan terhadap komponen rosak - Senator AS Boeing didakwa telah hilang kawalan terhadap komponen rosak - Senator AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718724940_TBboeing.jpg)
Boeing didakwa telah hilang kawalan terhadap komponen rosak - Senator AS
Seorang pekerja Boeing memberitahu bahawa syarikat itu kehilangan kawalan terhadap ratusan komponen rosak dan mungkin telah memasangnya dalam pesawat 737 Max.
![MITI akan siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh AS MITI akan siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706259218_TBAMIRHAMZAHAZIZ.jpg)
MITI akan siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh AS
MITI akan melakukan siasatan lanjut susulan tindakan sekatan yang dikenakan oleh Amerikat Syarikat terhadap sebuah syarikat semikonduktor Malaysia.
![Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
![Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715396271_tbRazarudinHusain.jpg)
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.