SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson dekat sini pada Selasa bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya menerima laporan daripada Hospital Port Dickson, Ahad lepas yang memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 15 Mac lepas kira-kira 8.30 malam ketika suspek yang dipercayai teman lelaki kepada ibu mangsa berusia 38 tahun itu ingin membuka pintu van semasa berhenti di sebuah kedai, dalam perjalanan dari Taman Anggerik ke Taman Mayung, Telok Kemang.
"Ekoran daripada kejadian tersebut, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian anggota badan dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar di sini pada jam 6.04 petang, semalam," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Aidi Sham berkata hasil semakan rekod lampau terhadap lelaki terbabit mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.
Beliau berkata suspek direman selama enam hari sehingga 1 April ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Aidi Sham berkata hasil semakan rekod lampau terhadap lelaki terbabit mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah manakala ujian saringan air kencing adalah negatif. - Gambar fail BERNAMA
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.
[TERKINI] Anggota MALBATT 850-11 meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman telah disahkan meninggal dunia di Lubnan pada 18 Mei 2024 (Sabtu) jam 2.25 pagi waktu Lubnan atau jam 7.25 pagi
waktu Malaysia.
waktu Malaysia.
Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz
Kerajaan Johor menegaskan negeri ini sepatutnya tidak mempunyai rakyat yang dibelenggu kemiskinan tegar.
Polis tahan lelaki disyaki abai kanak-kanak
Laporan daripada Hospital Port Dickson memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.