Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis semalam selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik dan menghasut terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu ditahan susulan laporan penyalahgunaan laman media sosial mengandungi kenyataan jelik dan menghasut yang disifatkan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.
Beliau berkata lelaki itu ditahan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 10.45 malam setelah dipercayai bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor.
"Suspek dipercayai membuat kenyataan itu melalui laman sosial Facebook... polis turut merampas sekeping kad sim dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Sehubungan itu, Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya mengugut dan mengganggu orang lain.
"Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, sifat hormat menghormati dan kesopanan dan kesusilaan di antara satu sama lain adalah begitu penting di dalam menjamin keharmonian sesebuah negara," katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa polis Johor tidak akan berkompromi dalam perbuatan sedemikian dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2017

WAN AHMAD: Suspek dipercayai membuat kenyataan itu melalui laman sosial Facebook.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Kes kenyataan jelik: Sebutan rayuan keputusan kes Jamal Yunos 17 Ogos
Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Ogos bagi sebutan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Ampang yang membebaskan Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Kenyataan jelik: Polis rekod keterangan penghantar makanan
Siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya.

Jaga tatasusila, tolak ansur ketika beri pandangan mengenai PRU15 - MCMC
MCMC terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).

Patrick Teoh mengaku tidak bersalah muat naik kenyataan jelik terhadap TMJ
Pertuduhan mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(1) akta sama.

Lelaki mengaku tidak bersalah muat naik video kenyataan jelik
Tertuduh, T. Arunakirinathan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Lelaki ditahan dipercayai muat naik kenyataan jelik terhadap PDRM
Polis menahan seorang lelaki semalam dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook.

Lelaki ditahan buat kenyataan jelik terhadap TMJ
Seorang lelaki ditahan polis berikutan tindakannya memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor dan institusi Diraja Johor di laman sosial pada 4 April lepas.

Polis tahan lelaki dipercayai keluar kenyataan hina Sultan Johor
Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis semalam selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik dan menghasut terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini.

Muat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, buruh direman tiga hari
Seorang buruh direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin lalu.

Dua wanita ditahan dipercayai buat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor
Polis menahan dua wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook.