Polis menahan seorang lelaki kerana meliwat anak jirannya lebih 20 kali apabila dia membawa kanak-kanak lelaki tersebut keluar berjalan-jalan termasuk bermalam di sebuah hotel bajet di sini sejak bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun memaklumkan anak lelakinya berumur lapan tahun mengadu sakit dan pedih di bahagian duburnya setiap kali keluar dengan suspek berusia 57 tahun itu.
"Wanita itu membuat laporan polis pada 28 Mac lalu dan menurut ibu murid Tahun Dua berkenaan, lelaki tersebut telah beberapa kali membawa mangsa keluar bersiar-siar dalam pengetahuannya termasuk terbaru pada 17 Mac lepas membawanya (kanak-kanak lelaki) tidur di sebuah hotel bajet.
"Anaknya juga beberapa kali mengadu bahagian dubur mangsa terasa sakit dan pedih. Wanita itu membuat laporan polis selepas mengesyaki ada yang tidak kena berdasarkan apa yang diceritakan kanak-kanak tersebut," katanya kepada Bernama malam tadi.
Beliau berkata, polis telah membawa mangsa mendapatkan rawatan serta pemeriksaan doktor mendapati kanak-kanak itu telah diliwat sebelum menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, polis telah melengkapkan kertas siasatan dan pihak Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk mendakwa lelaki yang belum berkahwin serta tidak bekerja itu di Mahkamah Butterworth hari ini dengan 23 pertuduhan meliwat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 21 2020
Noorzainy berkata, polis telah membawa mangsa mendapatkan rawatan serta pemeriksaan doktor mendapati kanak-kanak itu telah diliwat sebelum menahan suspek untuk siasatan lanjut. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Vaksin COVID-19: Petugas kesihatan bermalam di sekolah pastikan penduduk disuntik
Perlu bermalam di sekolah untuk memastikan lebih daripada 1,000 penduduk di kawasan pedalaman menerima vaksin mereka.
Perkhemahan bermalam sudah dibenarkan, tapi separuh kapasiti
Kegiatan perkhemahan dan pendakian gunung yang melibatkan aktiviti bermalam sama ada dilakukan secara persendirian atau berkeluarga dihadkan kepada 50 peratus daripada jumlah kapasiti maksimum.
Polis tahan jiran liwat kanak-kanak lelaki lebih 20 kali
Polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun memaklumkan anak lelakinya berumur lapan tahun mengadu sakit dan pedih di bahagian duburnya setiap kali keluar dengan suspek.