Polis Selangor menahan enam lagi lelaki berusia antara 17 hingga 22 tahun dalam operasi berasingan semalam dan awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang mekanik di Selayang Baru awal pagi Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata sebelum ini dua suspek lelaki berusia 21 dan 22 tahun telah ditahan di Jalan Bukit Idaman Selayang, pada 11 pagi semalam.
Dengan ini, seramai lapan suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya pada sidang media di sini Isnin.
Mangsa R.Kumaran, 31, mati ditikam di rusuk kirinya semasa diserang sekumpulan pemuda di hadapan sebuah rumah kedai di Selayang Baru pada pukul 3 pagi.
Bernama
Mon Dec 24 2012
Enam ditahan untuk siasatan lanjut
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Polis tahan enam lagi suspek kes bunuh mekanik di Selayang
Polis Selangor menahan enam lagi lelaki berusia antara 17 hingga 22 tahun dalam operasi berasingan semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang mekanik di Selayang Baru awal pagi ahad