Polis Selangor memberkas seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon pokok ganja di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu di Sungai Buloh, Selasa lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Md Tahir Kasim berkata keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.
"Serbuan dibuat selepas kami menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan suspek yang menanam pokok mencurigakan di dalam pasu dan beg plastik di bahagian belakang rumah terbabit.
"Ketika ditahan kesemua suspek sedang khayal menghisap ganja di dalam rumah itu," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.
Beliau berkata setelah mengeledah rumah itu, polis menemui 622 gram daun dan biji ganja serta beberapa alatan untuk menghisap ganja.
Polis juga merampas 292 gram ganja mampat yang disembunyikan di dalam sebuah kereta di kediaman itu.
"Hasil semakan lanjut mendapati seorang daripada empat suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah," katanya.
Beliau berkata siasatan awal turut menunjukkan pokok ganja yang dirampas itu dianggarkan berusia antara tujuh dan lapan bulan.
Semua suspek kini direman tujuh hari sehingga Selasa depan untuk disiasatmengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Sementara itu dalam kes berasingan, dua lelaki berumur 50 dan 57 tahun ditahan di sebuah pusat beli belah di Sunway, Petaling Jaya, Selasa lepas dan sebanyak 2.24 kilogram dadah heroin dirampas.
Md Tahir berkata kedua-dua suspek itu diberkas pada 10.30 malam di kawasan terbabit sebelum melakukan urusan jual-beli dadah.
"Mereka dipercayai mahu menyerahkan dadah berkenaan kepada pelanggan dan heroin yang bernilai RM47,000 itu disorokkan di dalam beg sandang yang digalas seorang daripada suspek terbabit," katanya.
Kedua-dua suspek itu direman enam hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Bernama
Thu Oct 02 2014
![Polis tahan empat lelaki disyaki tanam pokok ganja Polis tahan empat lelaki disyaki tanam pokok ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
Keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000 Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720260315_ACPWanKamarul.jpg)
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, semalam.
![Lapan individu ditahan dipercayai terlibat sindiket seludup senjata api, edar dadah Lapan individu ditahan dipercayai terlibat sindiket seludup senjata api, edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707752106_TBCPMKumar.jpg)
Lapan individu ditahan dipercayai terlibat sindiket seludup senjata api, edar dadah
Lapan individu dipercayai terlibat sindiket penyeludupan senjata api dan pengedaran dadah diberkas susulan kejadian dua penjenayah ditembak mati di Taman Abad, pada 14 Jun lepas.
![Polis Kelantan rampas 30 ketulan mampat ganja, 18,000 pil yaba Polis Kelantan rampas 30 ketulan mampat ganja, 18,000 pil yaba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719151670_TBrampasanpolis.jpg)
Polis Kelantan rampas 30 ketulan mampat ganja, 18,000 pil yaba
Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 30 ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 31.73 kilogram (kg) dan 18,000 biji pil yaba dalam dua serbuan berasingan pada Khamis lepas.
![Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Gelang Patah Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Gelang Patah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714104146_handcuff.jpg)
Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Gelang Patah
Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,057 gram (g) dadah jenis ganja bernilai RM9,300 dalam serbuan di Gelang Patah.
![Thailand senarai semula ganja sebagai narkotik Thailand senarai semula ganja sebagai narkotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663504660_Marijuana.jpg)
Thailand senarai semula ganja sebagai narkotik
Kementerian Kesihatan diminta untuk meminda peraturan dan menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik.
![348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah 348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709912780_KetuaPolisPahangD.jpg)
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
![Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713950336_sindiketdadahthai.jpg)
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
![Polis Perlis berjaya rampas 56kg ganja mampat bernilai RM173,600 Polis Perlis berjaya rampas 56kg ganja mampat bernilai RM173,600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711956081_dadah.jpg)
Polis Perlis berjaya rampas 56kg ganja mampat bernilai RM173,600
Semasa pemantauan dilakukan, terdapat individu tertentu sedang membawa masuk suatu bungkusan ke dalam kereta di mana dipercayai baharu sahaja dibaling dari arah negara jiran itu.
![Enam termasuk suami isteri, tiga anak ditahan bersama ganja bernilai RM432,614 Enam termasuk suami isteri, tiga anak ditahan bersama ganja bernilai RM432,614](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711112395_TBGANJAPENANG.jpg)
Enam termasuk suami isteri, tiga anak ditahan bersama ganja bernilai RM432,614
Polis menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka dan merampas 139.5 kilogram (kg) ganja bernilai RM432,614 dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Lepas.
![Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709906653_PDRMPulauPinang.jpg)
Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri
Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown.