Polis menahan dua lagi individu berhubung kejadian pukul seorang lelaki dipercayai kerana menghina mendiang ahli perniagaan Datuk Ong Teik Kwang, kata Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab.
Beliau berkata lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu ditahan secara berasingan di negeri ini pada Rabu lalu.
"Kedua-dua lelaki itu akan tamat reman hari ini dan polis akan meminta mahkamah untuk menyambung tempoh tahanan reman mereka esok bagi membolehkan kami melengkapkan siasatan kes berkenaan.
"Polis juga sedang mengesan beberapa lagi lelaki dipercayai terlibat bagi membantu siasatan dan kami akan melengkapkan kertas siasatan kes itu secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas Kontijen Pulau Pinang, Datuk Yong Lei Choo kepada SAC Abdul Wahid Abdul Ghafar di sini hari ini.
Yong, 55, dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Rekod Personel) bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Polis Bukit Aman manakala Abdul Wahid, 59, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Cawangan Khas (1) Pulau Pinang.
Dalam insiden pada 5 petang 2 Dis lepas, mangsa berusia 47 tahun itu dipukul oleh sekumpulan lelaki di kawasan Tanah Perkuburan Khoo Kongsi, Lebuhraya Thean Teik Air Itam di sini. Dia mengalami lebam, bengkak serta luka di mata kanan, pipi, hidung, bahagian belakang badan dan kedua-dua belah tangannya.
Ekoran itu, polis menahan seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.
Dalam perkembangan kes tembak membabitkan Ong, yang juga dikenali sebagai Datuk M (Datuk Muda), Abdul Ghafar berkata setakat ini pihaknya merekodkan 23 keterangan daripada saksi, mangsa dan anggota keluarga mangsa terlibat dan akan memanggil beberapa pihak lagi bagi membantu siasatan.
Polis akan melengkapkan kertas siasatan kes dalam tempoh terdekat sebelum menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa raya untuk pendakwaan ke atas pengawal keselamatan berusia 37 tahun yang disambung reman selama tujuh hari lagi bermula semalam.
"Ujian balistik yang dijalankan pada Rabu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu telah dihantar ke bahagian forensik Bukit Aman untuk dianalisis, mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapat keputusan ujian tersebut," katanya.
Pada 7.15 malam 1 Dis lalu, tiga lelaki, termasuk Ong, maut manakala lima yang lain cedera akibat ditembak seorang lelaki yang dilapor mempunyai masalah mental.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
ABDUL GHAFAR: dua lagi individu berhubung kejadian pukul seorang lelaki dipercayai kerana menghina mendiang Datuk Ong Teik Kwang. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Polis tahan dua lagi individu kes pukul hina Datuk M
Polis menahan dua lagi individu berhubung kejadian pukul seorang lelaki dipercayai kerana menghina mendiang ahli perniagaan Datuk Ong Teik Kwang, kata Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab.