KUALA LUMPUR:Polis menahan dua individu lelaki selepas didapati menjalankan perniagaan mercun tanpa permit di sekitar Taman Muda, Ampang Jaya sekitar jam 10 malam pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, risikan dibuat hampir 20 minit oleh sepasukan pihak polis sebelum meneruskan tangkapan.
“Ketika serbuan kedua-dua suspek didapati leka menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api.
“Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai permit menjual, memiliki dan membeli bunga api yang dikeluarkan pihak Polis Ampang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, pemeriksaan terhadap dua kenderaan suspek turut menemui pebagai jenis mercun dan bunga api sebelum kesemuanya dirampas.
Menurut Mohamad Farouk, kedua-dua suspek juga masing-masing mempunyai rekod jenayah termasuk kes melibatkan dadah.
Mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Peraturan 74 Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 76, denda RM300 jika sabit kesalahan.
Pihak polis turut mengingatkan agar tiada pihak yang menjual mahupun membeli sebarang jenis mercun yang dijual tanpa permit sewaktu musim perayaan termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Hilmi Malik
Thu Feb 11 2021

Menurut polis, kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang permit menjual mercun sewaktu serbuan dijalankan. - Foto ihsan PDRM
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Polis tahan dua individu jual mercun tanpa permit
Polis Ampang Jaya menahan dua individu lelaki selepas didapati menjalankan perniagaan mercun tanpa permit di sekitar Taman Muda, Ampang Jaya sekitar jam 10 malam pada Rabu.