GEORGE TOWN: Polis membongkar sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan pelbagai dadah bernilai RM559,156 di Sungai Ara, Balik Pulau hasil penahanan tiga lelaki termasuk bapa dan anak menerusi Op Tapis, awal pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata dalam serbuan pertama pada 1.15 pagi di tepi jalan berhampiran kawasan Ayer Itam, polis menahan dua lelaki berusia 44 dan 52 tahun yang berperanan sebagai 'transporter' atau pengangkut.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kereta dinaiki mereka menemukan satu peket dadah disyaki syabu seberat 103.8 gram bersama peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.
"Hasil maklumat daripada suspek, polis menyerbu sebuah rumah di pangsapuri di Sungai Ara dan menahan seorang lelaki berusia 19 tahun, iaitu anak seorang daripada dua lelaki yang ditahan sebelum itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Saravanan pemeriksaan di dalam rumah menjumpai 40 bungkusan mengandungi dadah disyaki heroin dianggar seberat 17.83 kilogram (kg) bernilai RM147,989, 40 bungkusan ganja seberat 37.6 kg bernilai RM116,833 dan lapan bungkusan syabu seberat 8.2 kg bernilai RM273,570, di dalam bilik yang dijadikan stor penyimpanan.
Saravanan berkata selain dadah, pihaknya turut menyita sebuah kereta dan wang tunai RM1,100 yang keseluruhannya bernilai RM584,256.
Beliau berkata hasil risikan mendapati mereka aktif menjalankan kegiatan itu sejak September lepas dengan kesemua dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan seramai 206,510 penagih.
Menurutnya rumah itu disewa suspek yang dipercayai menggunakannya sebagai tempat untuk menyimpan dadah terbabit sebelum ia dihantar kepada pembeli.
"Modus operandi sindiket ini lebih kepada 'transporter'. Mereka terima pesanan (dadah) dan kemudian hantar kepada pengguna, namun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk dari mana mereka memperoleh bekalan dadah," katanya.
Saravanan berkata dua daripada lelaki itu positif terhadap dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala lelaki berusia 19 tahun berkenaan yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak memiliki rekod lampau.
Polis katanya sedang mengesan saki-baki individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan dan ketiga-tiga lelaki berkenaan kini direman hingga 8 Nov ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Hasil risikan mendapati suspek aktif menjalankan kegiatan itu sejak September lepas dengan kesemua dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.