SEREMBAN: Polis menahan pekerja kilang dan isterinya di Bahau dekat sini semalam kerana disyaki mendera anak lelakinya berusia enam tahun sejak Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki terbabit yang juga bapa kandung mangsa berumur 27 tahun dan wanita yang dipercayai ibu tiri mangsa berumur 31 tahun ditahan selepas polis menerima maklumat awam berkenaan kejadian itu.
Beliau berkata maklumat mengatakan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, melarikan diri dari rumah akibat didera kira-kira pukul 2.30 petang.
"Mangsa dipercayai dipukul oleh bapa kandung dan ibu tiri dengan tangan, menendang, merotan dan menggunakan senduk kayu. Tiga lagi anak lain tidak didera.
"Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat banyak kesan parut dan luka di seluruh tubuh badannya.
"Kanak-kanak itu telah menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Pilah dan doktor mengesahkannya mengalami pelbagai kecederaan pada tubuh badan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hoo berkata kedua-dua suspek kemudian direman selama seminggu bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Mangsa dipercayai dipukul oleh bapa kandung dan ibu tiri dengan tangan, menendang, merotan dan menggunakan senduk kayu. Tiga lagi anak lain tidak didera. -Gambar hiasan/ndtv

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Polis tahan bapa kandung, ibu tiri dera kanak-kanak 6 tahun
Maklumat mengatakan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, melarikan diri dari rumah akibat didera kira-kira jam 2.30 petang.