KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai 'Geng Sakai' dengan penahanan 24 suspek termasuk ketua kumpulan berkenaan dan seorang remaja berusia 14 tahun dalam operasi bersepadu di beberapa negeri pada Ahad lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata operasi bersepadu berkenaan dijalankan di sekitar ibu kota, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.
"Dalam operasi berkenaan kita menahan 24 suspek lelaki tempatan berusia 14 hingga 47 tahun. Kita turut merampas dadah jenis syabu seberat 318.5 gram dan heroin seberat 445.5 gram bernilai RM9,000.
"Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM21,000 dan lima kereta mewah dianggarkan bernilai RM1.7 juta. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.73 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Azmi berkata berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati kumpulan ini terlibat dalam pelbagai kes jenayah melibatkan dadah, kekerasan, harta benda dan kes bunuh.
"Kumpulan ini telah aktif untuk tempoh yang agak lama bagaimanapun kita dapati mereka baru saja aktif terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang berikutan pendapatan yang lumayan," katanya.
Azmi berkata 18 ahli geng berkenaan direman di bawah Prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 selama 28 hari sehingga 17 Julai depan manakala enam lagi suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata pihaknya sedang giat mengesan tujuh ahli geng berkenaan yang masih bebas.
"Polis Kuala Lumpur telah berjaya melumpuhkan kumpulan ini dan menghapuskan ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Datuk Azmi Abu Kassim (tengah) bersama beberapa anggota polis menunjukkan gambar individu yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat bersama kumpulan jenayah terancang diberi nama "Geng Sakai". - Bernama
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
CEO GISB, isteri fail habeas corpus mohon dibebaskan serta-merta
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri Azura Md Yusof memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan serta-merta.
Op Global: CEO, 21 individu didakwa ahli jenayah terancang GISB
Kesemua tertuduh didakwa dibawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Op Global: CEO GISB didakwa pagi ini, kawalan ketat di mahkamah
Tinjauan Astro AWANI mendapati perkarangan Mahkamah dikawal ketat pihak berkuasa sejak jam 8 pagi.
Eksploitasi agama, kanak-kanak: 171 individu ditahan dalam serbuan 20 premis GISB
Seramai 171 individu ditahan selepas polis serbu 20 premis di Selangor dan Negeri Sembilan berkaitan siasatan eksploitasi agama, kanak-kanak.
Songlap RM24.2 juta: 10 suspek termasuk pengurus bank dituduh Khamis ini
Seramai 10 individu termasuk pengurus bank yang terlibat dengan sindiket curi wang akaun simpanan tetap milik pelanggan dianggarkan bernilai RM24.7 juta akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu.
Interpol tahan 219 penjenayah dalam operasi pemerdagangan manusia
Operasi antipemerdagangan manusia antarabangsa utama melakukan 219 tangkapan dan mengenal pasti 1,374 mangsa yang berpotensi, termasuk 153 kanak-kanak, di 39 negara, lapor Agensi Anadolu (AA).
Ketua kumpulan jenayah terancang ditahan di Istanbul
Schroeder diburu kerana menubuhkan organisasi dengan niat untuk melakukan jenayah, ubah wang haram daripada aset jenayah dan mengedar dadah.
Lebih sedozen terbunuh dalam serbuan antidadah di Brazil
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh pada Rabu dalam siri terbaharu operasi antidadah di Rio de Janeiro, Brazil yang menyaksikan sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh sejak Jumaat.
Jerman, Itali kerjasama banteras kumpulan mafia paling kaya dan berpengaruh
Kumpulan 'ndrangheta yang berpangkalan di Calabria dianggap sebagai kumpulan jenayah terancang paling kaya di dunia.
Mahkamah Peru jatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap bekas Presiden Castillo
Mahkamah Agung Peru pada Khamis meluluskan permohonan pendakwa raya untuk menahan bekas Presiden Pedro Castillo selama tiga tahun dengan sabitan kes jenayah terancang.