NIBONG TEBAL: Polis menahan enam lelaki dan empat wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang atau 'along' secara dalam talian, dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat di sini dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Lee Chong Chern berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pasukannya bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyerbu premis itu dalam Ops Vulture pada 4.30 petang.
Beliau berkata 10 individu berusia 18 hingga 30 tahun berada di situ semasa serbuan, dan pemeriksaan dalam premis itu membawa kepada penemuan beberapa peralatan elektronik mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis mengesyaki premis itu digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman wang secara atas talian tanpa lesen dan pusat panggilan bagi kegiatan mengutip hutang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya dalam serbuan itu polis merampas komputer riba dan telefon bimbit pelbagai jenama serta kad pra bayar yang kesemuanya dipercayai digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman secara dalam talian.
Lee berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dalang sindiket itu yang dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Semua 10 individu itu dipercayai bekerja dengan sindiket berkenaan dan kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejak bila mereka beroperasi. Polis tidak menolak kemungkinan peminjamnya bukan sahaja di Pulau Pinang malah beberapa negeri lain juga, " katanya.
Beliau berkata semua 10 individu yang ditahan itu kini direman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
Dalam serbuan itu, polis merampas komputer riba dan telefon bimbit pelbagai jenama serta kad pra bayar yang kesemuanya dipercayai digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman secara dalam talian.
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Sindiket dadah tumpas, empat individu diberkas polis
Sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan ganja di Pulau Pinang tumpas selepas polis menahan empat individu dalam tiga serbuan di Jawi dan Butterworth pada Jumaat lepas.
Polis tahan 10 individu disyaki terlibat kegiatan along dalam talian
Polis Seberang Perai Selatan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Petaling Jaya menyerbu premis itu pada jam 4.30 petang.
Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, anak maut
Turut maut, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertua Muhammad Syafiq, dan seorang warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
COVID-19: PKPD Penjara Seberang Perai bermula hari ini
Supt Lee Chong Chern berkata, setakat ini, sekatan polis hanya dibuat di hadapan pintu masuk Kompleks Penjara dan pintu masuk kuarters kediaman kakitangan.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua individu
Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, pihaknya menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat pada 8.30 malam dan menahan lelaki berumur 35 tahun serta rakan wanitanya berumur 29 tahun.