KLANG: Polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, minggu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa berusia enam tahun itu.
"Kita (polis) mengesan seorang individu dan percaya (kes ini melibatkan) seorang individu. Kita telah tengok semua sudut, pangkalan data polis serta melakukan tapisan secara besar-besaran dan berharap akan mendapat petunjuk positif sehingga boleh menangkap penjenayah ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Hussein, beliau tidak mahu proses siasatan melibatkan sebarang spekulasi dan orang ramai diminta memberi ruang kepada polis supaya dapat menumpukan pelaksanaan tugas berdasarkan fakta kes.
Zayn Rayyan, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di apartmen berkenaan.
Hussein berkata pihaknya sedang meneliti rakaman video kamera papan pemuka yang diperoleh daripada beberapa pemilik kenderaan yang merupakan penghuni Apartmen Idaman untuk membantu siasatan.
Ditanya jangkaan waktu mayat Zayn Rayyan diletakkan di lokasi dia ditemukan, Hussein berkata: "Pagi hari yang sama (mayat ditemukan) kita ada membuat pencarian tetapi tak jumpa. Kita jumpa pada waktu malam, jadi kemungkinan petang (pembunuh meletakkan mangsa) sewaktu hujan lebat. Jadi kita percaya, waktu petang itulah (mayat diletakkan),"
Mengenai tujuan pemeriksaan sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman semalam, beliau berkata polis mahu menyiasat individu yang selalu berlegar di kawasan itu untuk mencari kemungkinan penjenayah pernah berada di situ.
"Jadi kita mencari dan padanan cap jari di situ, namun siasatan ini masih terbuka dan kita melihat dari semua sudut sama ada dari dalam atau luar kawasan dan tidak mahu terlepas apa-apa kemungkinan,' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Hussein berkata kemungkinan itu berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa berusia enam tahun itu.- Gambar fail/Bernama
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
Tular gambar bedah siasat Zayn Rayyan: Pihak pembelaan belum terima perkembangan siasatan
Menurut peguam, laporan berkaitan kebocoran gambar dan maklumat kanak-kanak tersebut dibuat seorang ahli keluarga Zaim Ikhwan dan pihak polis.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Hak jagaan adik Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.
Kebocoran maklumat di Edisi Siasat: 'Kami tak dapat sahkan kesahihan' - Peguam
Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin belum menerima sebarang maklum balas daripada polis berhubung kebocoran gambar dan beberapa butiran.
Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat
Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat didakwa adalah Zayn Rayyan dijalankan USJT Bukit Aman.
Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan
Polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor
Ketua Polis Selangor gesa semua pihak menanti hari perbicaraan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.