Polis akan menjalankan siasatan berhubung kemungkinan pembabitan 'orang dalam' syarikat kawalan keselamatan dengan kegiatan kongsi gelap dalam kes serangan terhadap pondok keselamatan di Klang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis yakin terdapat unsur gangsterisme berhubung kes seorang pengawal keselamatan maut manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang itu diserang sekumpulan individu, Sabtu lepas.
"Biar polis jalankan siasatan. Saya tidak percaya syarikat keselamatan itu terlibat dengan kongsi gelap sebaliknya saya percaya ada orang-orang yang bekerja di syarikat keselamatan yang menggunakan taktik sebegini," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
Khalid menegaskan polis tidak akan sekali-kali berkompromi dengan isu berkaitan keganasan oleh kumpulan-kumpulan haram khususnya di kawasan berkenaan.
"Operasi Cantas Khas akan diteruskan dan dipertingkatkan dalam mengawal perkara ini.
"Saya seru kepada masyarakat untuk melaporkan sebarang kegiatan berunsur gangsterisme kepada polis," katanya.
Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, seorang pengawal keselamatan terbunuh manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok keselamatan di sebuah kawasan perumahan diserang oleh sekumpulan individu.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata tiada unsur jenayah berhubung isu menurunkan simbol salib di sebuah gereja di Taman Medan, baru-baru ini.
"Salib itu diturunkan atas permintaan masyarakat dan telah dipersetujui pastor (gereja itu) dan tiada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib berkenaan.
"Kerajaan tempatan dan kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan dalam menyelesaikan isu ini termasuk wakil rakyat di kawasan berkenaan," katanya.
Khalid turut menegaskan pihak polis tidak akan bersifat berat sebelah dalam menguatkuasa undang-undang sekiranya terdapat sebarang perkara yang melanggar undang-undang.
"Saya juga telah semak tentang kehadiran abang saya di tempat itu dan berdasarkan maklumat daripada pegawai saya, dia sebagai ketua masyarakat di kawasan berkenaan bertanggungjawab untuk tenangkan orang ramai daripada menjadi agresif ... dan itu peranan dia.
"Perlu saya jelaskan jika terdapat perkara yang melanggar undang-undang kami akan ambil tindakan undang-undang tanpa berpihak kepada mana-mana pihak meskipun ia melibatkan adik-beradik atau anak saya sebab dah jadi kewajiban kami sebagai penguat kuasa untuk ambil tindakan tanpa tolak ansur," katanya.
Khalid turut menegaskan kejadian itu, hanyalah merupakan 'flash mob' yang dijalankan penduduk tanpa perancangan mana-mana pihak dan tiada kaitan dengan isu agama.
Bernama
Mon Apr 20 2015
![Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71367708734_295x200.jpg)
KHALID: Saya tidak percaya syarikat keselamatan itu terlibat dengan kongsi gelap sebaliknya saya percaya ada orang-orang yang bekerja di syarikat keselamatan yang menggunakan taktik sebegini. -Gambar fail
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
Orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan.
Bidang pertanian: Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina
Malaysia bersedia untuk menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Filipina bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang teknikal dan perdagangan pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Malaysia akan terus sokong mandat un-habitat - Nga
Malaysia akan terus menyokong mandat Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) memandangkan negara akan mencapai 85 peratus kadar perbandaran menjelang 2040.
Tingkatkan penglibatan PMKS bagi mengatasi jurang latihan TVET
Jurang antara latihan TVET dan keperluan industri masih wujud, terutama di kawasan luar bandar. Profesor Madya Dr. Ridzwan Che Rus menekankan pentingnya kerjasama industri melalui latihan industri untuk mengatasi jurang ini, terutama dengan meningkatkan keterlibatan PMKS.
STEM: KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan segera program bersama saintis di 100 sekolah seluruh negara, bagi meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
![Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721276774_FahmiFadzilGoogle.jpg)
Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia
Google berkata inisiatif tersebut yang disokong Kementerian Komunikasi bertujuan untuk merevolusikan landskap media di negara ini.
Tumpuan hari terakhir Dewan Rakyat
Isu buli siber menjadi antara tumpuan pada hari terakhir Sidang Dewan Rakyat hari ini, dan perkara tersebut telah dijawab oleh Kementerian Komunikasi.
348 aduan diterima di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 348 aduan diterima di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2023.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
SST beri kesan fiskal lebih cepat, GST tak akan dilaksanakan lagi - MoF
Kerajaan masih belum berhasrat untuk melaksanakan semula GST dan ia akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian.
AWANI Ringkas: Pupuk minat murid dalam bidang STEM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM tidak kompromi kes buli di sekolah KPM tidak kompromi kes buli di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680949896_TBHUI.jpg)
KPM tidak kompromi kes buli di sekolah
KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes buli dan akan meminta bantuan daripada pihak polis bagi menjalankan siasatan di sekolah yang didapati berlaku terdapat kegiatan gangsterisme.
![Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598173442_rempitgaduh.jpg)
Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis
Salah faham boleh menjadi faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial.
![Polis minta sekolah jangan sembunyi fakta pelajar bermasalah Polis minta sekolah jangan sembunyi fakta pelajar bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81477637987_DatukWanAhmadNajm.jpg)
Polis minta sekolah jangan sembunyi fakta pelajar bermasalah
Pihak sekolah diminta agar tidak menyembunyikan fakta pelajar bermasalah terutama yang dipercayai terlibat dalam aktiviti buli dan gengsterisme.
![KDN minta sekolah tidak sembunyi jenayah libatkan pelajar KDN minta sekolah tidak sembunyi jenayah libatkan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492753041_geng.jpg)
KDN minta sekolah tidak sembunyi jenayah libatkan pelajar
Nur Jazlan Mohamed berkata ia bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera menangani isu itu kerana ia berada di bawah bidang kuasa polis.
![Lebih 100 anggota kongsi gelap di Perak ditahan sejak bulan lalu Lebih 100 anggota kongsi gelap di Perak ditahan sejak bulan lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463889341_SekatanJalanRaya.jpg)
Lebih 100 anggota kongsi gelap di Perak ditahan sejak bulan lalu
Operasi khas yang dianggotai lapan pegawai dan 44 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri itu dilaksanakan bagi mengawal kegiatan gangsterisme.
![Polis Kluang cari empat lelaki bantu siasatan kes jenayah kekerasan, gangsterisme Polis Kluang cari empat lelaki bantu siasatan kes jenayah kekerasan, gangsterisme](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441468671_GARISANPOLIS.jpg)
Polis Kluang cari empat lelaki bantu siasatan kes jenayah kekerasan, gangsterisme
Polis Johor memburu empat lelaki berusia antara 30 dan 48 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah kekerasan dan gangsterisme di daerah Kluang.
![Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71367708734_295x200.jpg)
Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap
Polis akan menjalankan siasatan berhubung kemungkinan pembabitan 'orang dalam' syarikat kawalan keselamatan dengan kegiatan kongsi gelap dalam kes serangan terhadap pondok keselamatan di Klang.
![Pak Lah bukan dari kumpulan yang gangster - Saifuddin Pak Lah bukan dari kumpulan yang gangster - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41378218355_295x200.jpg)
"Pak Lah bukan dari kumpulan yang gangster" - Saifuddin
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah mempertahankan Tun Abdullah Ahmad Badawi kononnya bekas perdana menteri itu ada kaitan dengan gangsterisme.