KLANG: Polis mengesahkan kejadian pergaduhan yang berlaku di tengah jalan sebagaimana video tular di media sosial berpunca daripada kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Pelabuhan Barat yang menuju ke Pelabuhan Barat Klang, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, semakan dijalankan mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang.
"Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan gaduh gempar di tempat awam yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM1,000," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Jelasnya, semakan juga mendapati individu yang terlibat telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik IPD Klang Selatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.
Pada Sabtu, tular video di media sosial memaparkan beberapa individu bergaduh di tengah jalan di Jalan Pelabuhan Barat di sini.
Video yang dipercayai dirakam pengguna jalan raya itu turut memaparkan kemalangan melibatkan dua buah lori di lokasi kejadian. -Sinar Harian
Astro Awani
Sun Mar 12 2023
![Polis siasat kes gaduh di tengah jalan Polis siasat kes gaduh di tengah jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678605794_Polissiasatkesgad.jpg)
Tular video di media sosial memaparkan beberapa individu bergaduh di tengah jalan di Jalan Pelabuhan Barat, Klang pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
![Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720165884_Tesla.jpg)
Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan
Perkara paling menarik perhatian adalah ciri kawalan ibu bapa.
![Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720165197_Italys.jpg)
Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli
Aktiviti gunung berapi di pulau selatan Itali, Stromboli mendorong pihak berkuasa tempatan meningkatkan tahap amaran daripada paras jingga kepada merah iaitu tahap amaran tertinggi pada Khamis.
Penduduk Ecuador berhimpun bantah kenaikan harga bahan api
Ratusan penduduk berarak di Ecuador membantah kenaikan harga bahan api dan cukai pada Khamis.
![PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720163807_SungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Persiapan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada esok berjalan lancar.
Desentralisasi untuk kemajuan pembangunan negeri
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma menegaskan, dengan memberikan lebih banyak kuasa kepada negeri, mereka dapat merancang dan melaksanakan inisiatif pembangunan yang lebih relevan dan berkesan.
![Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163975_NeoMedicare.jpg)
Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD)
Kira-kira 15.5 peratus atau lebih lima juta rakyat di Malaysia berdepan masalah penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Rekod keterangan 3 individu, tidak senonoh terhadap wartawan
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes petugas kempen berkelakukan tidak senonoh terhadap seorang wartawan wanita yang bertugas ketika kempen PRK DUN Sungai Bakap.
[TERKINI] Ketua SPR Indonesia dipecat kerana gangguan seksual
Panel etika mengarahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Hasyim Asy'ari, dipecat daripada jawatan mengenai dakwaan gangguan seksual.
![Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163349_kilangbiskuthalal.jpg)
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
![Polis siasat kes gaduh di tengah jalan Polis siasat kes gaduh di tengah jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678605794_Polissiasatkesgad.jpg)
Polis siasat kes gaduh di tengah jalan
Semakan juga mendapati individu yang terlibat telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik IPD Klang Selatan.