GEORGE TOWN: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang perempuan yang dipukul oleh beberapa individu di kawasan tangga, yang video insiden itu tular menerusi media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 51 tahun pada 10 malam, 30 Julai yang mendakwa perempuan yang dipukul dalam kejadian itu ialah anaknya.
"Video tular itu telah dimuat naik dalam akaun Facebook 'Whyman Whyman' dan menurut lelaki tempatan itu, anak perempuannya berumur 24 tahun telah keluar dari rumahnya di kawasan George Town sejak Disember 2022 kerana masalah keluarga.
"Sejak itu, anak perempuannya tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarganya, dan ekoran video tular tersebut lelaki itu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Soffian berkata setakat ini, pihak polis masih belum dapat memastikan lokasi sebenar kejadian mangsa dipukul seperti dalam video tular itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (kesalahan merusuh) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kesalahan penggunaan perkhidmatan rangkaian).
Beliau menasihati orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berkenaan untuk mengelakkan sebarang spekulasi dan pihak polis turut meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Video tular seorang perempuan dipukul beberapa individu di kawasan tangga. -Media sosial
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis siasat kejadian perempuan dipukul di tangga
Perempuan berumur 24 tahun itu dipercayai keluar dari rumahnya di kawasan George Town sejak Disember 2022 kerana masalah keluarga.