SHAH ALAM : Polis menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) orang hilang berhubung kes seorang aktivis pelarian Myanmar dan keluarganya yang didakwa diculik beberapa lelaki di kediaman mereka di Ampang Jaya, pada 4 Julai lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis ada menerima laporan berkaitan kes itu.
"Siasatan dibuka bawah KEP Orang Hilang,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Pada Isnin, media melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berkaitan hak manusia, Human Rights Watch (HRW), mendedahkan Thuzar Maung, suami serta tiga anak mereka diculik kira-kira jam 4.30 pagi.
Kejadian melibatkan Thuzar, 46; suaminya, Saw Than Tin Win, 43; anak perempuan, Poeh Khing Maung, 16 serta dua anak lelakinya, Aung Myint Maung, 21, dan Thukha Maung, 17.
Pengarah HRW Asia, Elaine Pearson berkata, kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan terdapat keterangan saksi.
Menurutnya, HRW bimbang dengan keselamatan Thuzar dan keluarganya yang diculik dalam operasi terancang.
Ujarnya, kerajaan Malaysia perlu bertindak segera mencari keluarga itu dan memastikan keselamatan mereka.
Thuzar melarikan diri dari Myanmar pada 2015 sebelum dia dan keluarganya diiktiraf Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai pelarian di Malaysia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 17 2023

Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis ada menerima laporan berkaitan kes itu. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Malaysia guna dana luar bantu pelarian Myanmar terima latihan kemahiran
Kerajaan menggunakan dana luar bagi menampung kos latihan kemahiran yang akan diberikan kepada pelarian Myanmar khususnya etnik Rohingya, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

UNHCR gesa Thailand pindahkan pelarian Myanmar ke tempat lebih selamat
UNHCR menggesa kerajaan Thailand agar memindahkan kira-kira 1,000 pelarian Myanmar yang berlindung di "kawasan selamat sementara", di Mae Sot, Wilayah Tak ke lokasi yang lebih selamat.