Polis akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian sekumpulan 14 pelajar dirotan warden asrama sehingga meninggalkan kesan lebam serta berbirat pada pinggang dan pinggul mereka Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya juga akan menyiasat punca yang menyebabkan mereka dipukul dalam kejadian antara pukul 7 pagi hingga 7.30 pagi di sebuah sekolah berasrama di Jalan Masjid Negeri, di sini.
"Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian berkenaan. Bagaimanapun kami akan menjalankan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan dalam kejadian itu, sebahagian besar daripada mereka adalah pelajar Tingkatan 5 yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dirotan dan dimarahi selepas tidak solat Subuh di surau sekolah berkenaan.
Kumpulan pelajar itu dikatakan tidak menunaikan solat Subuh di surau akibat kepenatan berikutan mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam.
Mereka kemudiannya dihukum empat kali rotan oleh warden, manakala pengawas sekolah yang turut tidak menunaikan solat dikenakan lapan kali rotan hingga meninggalkan kesan lebam di pinggang dan pinggul.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Datuk Osman Hussain berkata beliau telah dimaklumkan kejadian berkenaan bagaimanapun masih belum menerima laporan mengenainya.
Katanya pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Timur Laut sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
"Biar pihak sekolah dan PPD jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, sebarang tindakan atau keputusan mengenai kejadian itu bergantung kepada laporan mereka," katanya.
Bernama
Sun Nov 09 2014
![Polis siasat dakwaan 14 pelajar dirotan warden di Pulau Pinang Polis siasat dakwaan 14 pelajar dirotan warden di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
Polis akan menyiasat kejadian 14 pelajar dirotan warden asrama sehingga berbirat di Pulau Pinang Jumaat lepas.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![35 calon SPM di Raub telah ditempatkan di asrama 35 calon SPM di Raub telah ditempatkan di asrama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733063656_AmzanAbdMalek.jpg)
35 calon SPM di Raub telah ditempatkan di asrama
Sebanyak 35 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Raub yang terkesan dengan banjir telah ditempatkan di asrama sejak petang semalam.
![12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM 12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689290845_SuptMohdHakiHasbu.jpg)
12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Polis Daerah Tanah Merah melakukan operasi menyelamat pelajar SMU Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama.
![Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724987884_asrama.jpg)
Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
Kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.
!['Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa 'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719307968_ayah.jpg)
'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa
Abdul Halid merupakan ayah kepada Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.
![Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718283720_PDRM.jpg)
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
![Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694872282_PolisLogoPolisP.jpg)
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
![PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707180927_TBJabatanImigresen.jpg)
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
![Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701353178_hostelinAlmatyK.jpg)
Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.
![Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639736723_gaduh.jpg)
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.
![Enam maut asrama pekerja hospital terbakar Enam maut asrama pekerja hospital terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684196315_LoafersLodgefire.jpg)
Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.