Polis akan menyiasat sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada 16 Sept ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana cubaan menghasut. Setakat ini, polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan, dan polis menganggap perhimpunan ini melanggar undang-undang," katanya di sini, pada Rabu.
Sehubungan itu, Zainol meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan itu, seperti yang disiarkan dalam media sosial tersebut.
"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat itu," katanya.
Maklumat mengenai perhimpunan itu telah menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan laman blog tempatan.
Bernama
Thu Sep 10 2015

Zainol meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan itu, seperti yang disiarkan dalam media sosial tersebut. - Gambar Fail
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Himpunan Bersih telan kos RM2.74 juta, Baju Merah belanja RM4.5 juta - Ahmad Zahid
Sejumlah 191 pegawai dan 2,419 anggota lain-lain pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan bagi mengawal perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lepas.

Pemuda BN diminta ambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang
Pemuda BN diminta mengambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Himpunan Rakyat Bersatu.

Jamal Md Yunos patut dikenakan tindakan undang-undang - Wee
Datuk Dr Wee menyifatkan tindakan Datuk Jamal yang mengancam untuk mengadakan satu lagi protes Sabtu ini sebagai tidak bertanggungjawab.

Otai Reformis nafi jadi punca kekecohan pada Himpunan Rakyat Bersatu
Sebuah NGO, Otai Reformis menyangkal dakwaan bahawa kumpulan itu adalah dalang di sebalik kekecohan di Jalan Petaling pada Himpunan Rakyat Bersatu, minggu lepas.

Himpunan Rakyat Bersatu manifestasi kebangkitan orang Melayu - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun beberapa perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini telah mencabar maruah orang Melayu, namun mereka tetap bersabar.

Tindakan PDRM tidak pilih bulu terima pujian NGO
Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak memilih bulu ketika menangani dua perhimpunan - Bersih 4 dan Himpunan Rakyat Bersatu - menerima pujian daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kerajaan tidak akan berkompromi hal keselamatan dan mengancam sensitiviti antara kaum - Najib
Perdana Menteri menegaskan, perhimpunan Bersih 4 diharamkan kerana objektifnya untuk menjatuhkan Kerajaan dan diadakan berhampiran tempat persiapan perarakan Hari Kebangsaan.

Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu nafi Najib beri cek RM3 juta
Jamal menegaskan penganjur Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di ibu negara semalam tidak menerima sebarang peruntukan daripada Perdana Menteri mahupun kerajaan.

Saya tidak rasa maruah Melayu tercabar - Pak Lah
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi turut menafikan kewujudan konsep rasisme dalam Islam.

Provokasi pihak luar punca kecoh di Petaling Street - Jamal Md Yunos
Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu mendakwa kekecohan yang berlaku di Petaling Street berpunca daripada provokasi oleh pihak luar termasuk kumpulan yang dikenali sebagai 'Otai Reformasi'.