REMBAU:Sebuah premis menjalankan perniagaan mata wang digital atau kripto yang disyaki mencuri bekalan elektrik diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di Taman Gunung Tahan Utama, Kota di sini pada kira-kira 10.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata serbuan ke atas premis itu dilakukan hasil maklumat orang awam dan turut dibantu Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"TNB telah memotong bekalan elektrik yang dipasang secara tidak sah manakala polis terpaksa memecahkan pintu premis berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sejumlah Pelayan Komputer yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan mata wang Kripto," menurutnya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata pihak polis telah merampas sebanyak 48 mesin 'Mining Bitcoin,' satu set Komputer, satu unit pemprosesan pusat (CPU), kipas ekzos (6), modem (2) dan satu kad sim di premis itu untuk siasatan selanjutnya.
Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan kes dirujuk di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020
Polis merampas 48 mesin 'Mining Bitcoin,' satu set Komputer, satu unit pemprosesan pusat (CPU), kipas ekzos (6), modem (2) dan satu kad sim di premis itu untuk siasatan selanjutnya. -Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
IATA tawar mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
Peniaga kedai makan rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan bitcoin
Seorang peniaga kedai makan kerugian lebih RM400,000 akibat terperdaya dengan penipuan pelaburan mata wang digital bitcoin di Facebook.
Polis kenal pasti sindiket pelaburan dalam talian M2DCoin
Siasatan mendapati platform M2DCoin adalah laman web digital exchanger luar negara yang menggunakan hosting di Arizona, Amerika Syarikat.
Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000
Redzuan Ismail dan Adan Ibrahim mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Tiga premis lombong mata wang kripto curi elektrik di Seri Iskandar
Polis turut menahan tujuh lelaki yang juga penjaga premis berkenaan yang berusia lingkungan 20-an untuk disoal siasat.
Polis serbu premis perniagaan mata wang kripto
Serbuan ke atas premis itu dilakukan hasil maklumat orang awam dan turut dibantu Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Mata wang kripto masih dalam pertimbangan - Khalid Samad
Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung penggunaan mata wang kripto, mata wang digital, sama ada ia sah atau tidak untuk dilaksanakan di negara ini.
BNM ingatkan orang ramai mengenai platform mata wang kripto
BNM menasihati orang ramai untuk berhati-hati dalam menilai risiko yang berkaitan dengan pelaburan dalam mata wang digital.
Tabung Cryptos, pelaburan mata wang kripto dengan risiko lebih rendah
Tabung Cryptos adalah satu-satunya tabung yang dikawal selia yang menawarkan satu strategi pelaburan mengesan indeks secara pasif pada mata wang kripto.