BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dikurung dan dipercayai akan dihantar ke sebuah negara jiran untuk bekerja dengan sindiket penipuan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sanctuary, Machang Bubok di sini Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan seorang wanita berusia 22 tahun dikurung di rumah itu sejak beberapa hari lepas oleh sindiket pemerdagangan manusia.
"Serbuan pada 5.45 petang itu menahan seorang lelaki berusia 34 tahun sebelum menyelamatkan wanita berkenaan.
"Siasatan awal mendapati lelaki itu yang bekerja sendiri, sedang menguruskan mangsa untuk dihantar ke negara jiran bagi bekerja sebagai operator dengan satu sindiket penipuan dalam talian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas dua kereta, sebuah komputer riba serta pelbagai peralatan berkaitan kegiatan pelacuran seperti kondom serta tisu.
Tan berkata lelaki itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 termasuk mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket itu.
"Polis menasihatkan orang ramai terutama mereka yang ditawarkan pekerjaan di luar negara dengan gaji yang lumayan supaya membuat semakan terlebih dahulu kerana bimbang menjadi mangsa sindiket penipuan atau pemerdagangan manusia," katanya.
Difahamkan wanita itu ditawarkan pekerjaan di negara jiran dengan gaji lumayan oleh rakan kepada lelaki ditahan dan suspek kononnya mahu menguruskan pasport mangsa dengan mengurungnya di rumah itu sebelum menghantarnya ke luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Hasil serbuan pada 5.45 petang Rabu itu, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun sebelum menyelamatkan wanita berkenaan. - Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Polis selamatkan wanita dikurung, tahan seorang lelaki
Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dikurung dan dipercayai akan dihantar ke sebuah negara jiran untuk bekerja dengan sindiket penipuan.