JOHOR BAHRU: Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, terlibat dalam kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di sini.
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar jurusan terbabit mengalami kecederaan yang serius.
“Mangsa sekarang dirawat di Hospital Columbia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.
“Mohon doakan agar dipermudahkan segala urusan mangsa dan diberikan kesembuhan,” menurut hantaran itu.
Hantaran tersebut juga menyatakan bahawa Siti Nurul Masyitah sering berulang-alik dari politeknik ke rumah untuk menjaga ibu yang mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan, manakala bapanya pula memerlukan rawatan dialisis.
Pelajar semester enam Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) itu merupakan salah seorang atlet kayak dan Perahu Naga Malaysia yang telah memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2023.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan atlet tersebut terbabit dalam kemalangan dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan menerusi kenyataan media yang akan dikeluarkan.
Terdahulu, kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu lepas itu turut tular di media sosial dengan beberapa rakaman video dan gambar yang memaparkan kejadian kemalangan membabitkan atlet tersebut yang menunggang motosikal dengan sebuah kereta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Foto tular di media sosial memaparkan kejadian kemalangan di EDL pada Sabtu, membabitkan Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dengan sebuah kereta. - Media sosial
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Siti Nurul Masyitah ditempatkan di ICU - Keluarga
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, yang cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini.

Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.