Polis mengesahkan penganjur acara Klang City International Marathon 2017, Ahad lalu, tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata ia hasil siasatan pihaknya terhadap penganjur, Earth Runners Int Group Sdn Bhd, susulan laporan yang dibuat oleh Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada hari sama acara itu berlangsung.
Menurutnya, lelaki berkenaan dalam laporan tersebut memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh PJS mengenai satu kemalangan melibatkan tiga peserta acara larian di Batu 2, Jalan Kapar-Klang, pada jam 4.30 pagi.
"Susulan laporan itu, semakan mendapati acara yang dianjurkan oleh syarikat berkenaan, tiada dan gagal memohon lesen daripada Pesuruhjaya Sukan untuk menganjurkan kejohanan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah mengawal, bukan menghukum
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Pembangunan Sukan 1997.
Acara marathon itu bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Pandamaran Klang.
Dalam kejadian itu, Evelyn Ang Gek Suan, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang, manakala dua lagi pelari, Ahmad Hadafi Jus, 44, dan Amiruddin Hamid, 37, hanya cedera ringan di bahagian kaki selepas dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2017
![Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512890547_Klang.jpg)
Seorang parah manakala dua lagi pelari cedera ringan selepas dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang pada 10 Disember 2017. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512890547_Klang.jpg)
Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton
Ia hasil siasatan pihaknya terhadap penganjur, Earth Runners Int Group Sdn Bhd, susulan laporan yang dibuat oleh Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada hari sama acara itu berlangsung.
![Pemandu langgar peserta larian tidak mabuk - Polis Pemandu langgar peserta larian tidak mabuk - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512890547_Klang.jpg)
Pemandu langgar peserta larian tidak mabuk - Polis
Siasatan mendapati pemandu tidak mabuk dan keputusan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.