Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan kematian seorang remaja 13 tahun yang sebelum ini diculik selepas lelaki itu menunggu wang tebusan berjumlah RM20,000 daripada keluarga mangsa.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata lelaki berumur 49 tahun itu ditangkap pada pukul 10 malam Isnin di depan sebuah hotel di Taman Angkasanuri, Durian Tunggal dekat sini.
Polis merampas tiga buah telefon genggam yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk mengugut wang tebusan daripada keluarga remaja itu.
"Lelaki itu telah membawa polis ke kawasan kedai tempat budak ini dijumpai sebelumnya," kata Chuah dalam satu sidang media di ibu pejabat kontinjen polis Melaka di Bukit Beruang.
Tambah beliau, siasatan polis mendapati lelaki berkenaan yang juga seorang penganggur telah berkenalan dengan remaja tersebut sejak beberapa bulan lepas di sebuah kafe siber di Batu Berendam.
Siasatan juga mendapati lelaki berkenaan telah menipu remaja itu dan membawanya ke kawasan kedai yang kononnya tempat dia boleh bermain permainan komputer dengan percuma.
"Apabila sampai di rumah kedai itu, suspek telah mengikat mangsa pada sebuah kerusi dan meninggalkannya di situ, dan pergi merundingkan tebusan dengan ibu mangsa," kata Chuah.
Polis percaya penculikan itu bermotifkan wang.
Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak ditahan reman selama tujuh hari bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan.
Ibu mangsa, A. Letchumy membuat satu laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada Ahad lalu setelah mendapat mesej ugutan daripada suspek yang meminta wang tebusan sebanyak RM20,000.
Polis Melaka dengan kerjasama ibu pejabat Polis Di-Raja Malaysia Bukit Aman kemudian menubuhkan sebuah unit siasatan khas bagi mengesan mangsa.
Siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandotori serta Seksyen 3 Akta Culik yang membawa kepada hukuman mati dan penjara seumur hidup.
Sementara itu, polis masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mangsa. Bedah siasat itu dijalankan di Hospital Besar Melaka.
Mayat remaja itu ditemui oleh polis pada Isnin malam di sebuah bangunan kosong di Taman Merdeka Jaya dalam keadaan kedua-dua kaki dan tangannya terikat manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat, hasil maklumat orang awam.
Astro Awani
Tue Apr 22 2014

10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bunuh kawan kerana liat bayar hutang
Suspek menghampiri mangsa yang sedang berbual dengan saksi di ruang tamu dan terus menetak kepala serta lengan kiri mangsa.

Bunuh: Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak
Panel tiga hakim turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas tertuduh.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: 13 remaja diarah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Wanita Thailand hilang lebih tiga bulan ditemui mati dibunuh
Mangsa disahkan maut akibat dibunuh dengan identitinya disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.

Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.