KOTA KINABALU: Polis berjaya merampas sebanyak 10.4 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM360,000 yang disorokkan dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dalam kawasan perumahan di Taman Sri Rugading, Tuaran pada Ahad lalu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, susulan itu pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang juga pemandu kenderaan terbabit.
"Pada 8 hari bulan Mei bertempat di kawasan Taman Seri Rugading, Tuaran sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur dalam 40 tahun bersama dengan sebuah kenderaan jenis Prado yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.
"Dalam pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan telah dijumpai satu bungkusan yang mana bungkusan ini mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran seberat 10.4 kilogram dengan nilai anggaran sebanyak RM360,000," katanya.
Jauteh berkata demikian ketika sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Sabah pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai aktiviti jenayah itu, Jauteh menyatakan dengan tertumpasnya sindiket pengedaran dadah berkenaan ia menunjukkan masih wujudnya jenayah seumpama itu di negeri Sabah ketika ini.
"Dalam kes ini kita mendapati bahawa masih wujud pengedaran dadah di negeri sabah dan tangkapan ini merupakan salah satu bukti bahawa kegiatan ini masih lagi berjalan di negeri Sabah.
"Saya menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa memberikan maklumat dan kerjasama kepada pihak PDRM untuk sama-sama membanteras dan menghapuskan pengedaran serta penyalahgunaan dadah di negeri Sabah ini," katanya lagi.
Tambahnya suspek lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bermula 9 Mei untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu May 12 2022

Jauteh menunjukkan kepada wartawan rampasan dadah jenis syabu hasil serbuan anggota polis dalam sebuah kenderaan di Taman Sri Rugading Tuaran pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis berjaya pastikan dua perhimpunan di Sabah berlangsung aman
Kecekapan pihak polis mengawal perhimpunan Gempur Rasuah Sabah dan Himpunan Bangkit Sabahan yang berlangsung serentak, berjaya memastikan kedua-dua perhimpunan itu berlangsung dalam keadaan aman.

Jangan jadi tali barut pengganas - Jauteh
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun hari ini mengingatkan semua pihak termasuk anggota polis dan pegawai kerajaan supaya tidak menjadi tali barut kepada kumpulan pengganas.

Panik, tamak antara punca mangsa jenayah scam semakin meningkat
Lebih 1,000 mangsa scam direkodkan dari Januari hingga November lepas di Sabah melibatkan jumlah kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

PRU15: 10 kawasan panas dipantau polis Kontinjen Sabah
Polis Kontinjen Sabah mengenal pasti 10 kawasan panas di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjutkan hingga 23 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 23 Ogos ini.

Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 8 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.

Perintah berkurung di perairan ESSZone lanjut hingga 7 Julai
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 9 Julai ini.

Kawasan keselamatan ESSZone akan disemak semula - Pesuruhjaya Polis Sabah
Kawasan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan disemak semula bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan.

Polis Sabah rampas 8,270 karton rokok seludup
Semua rokok berkenaan yang dipercayai diseludup masuk dianggarkan bernilai RM91,580 berdasarkan harga pasaran semasa.

Idris ganti Hazani kemudi Polis Kontinjen Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu berkuatkuasa hari ini.